Antara Matlamat Harry Kane Adalah Mahu Bermain Di Spurs Sepanjang Karier

Harry Kane

Harry Kane telah dikaitkan dengan beberapa pasukan besar di Eropah. Antaranya adalah pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Namun begitu penyerang sensasi Tottenham Hotspur dan penggempur kebangsaan England ini membuat satu kenyataan yang pastinya menggembirakan peminat Spurs.

Kane memberitahu, salah satu matlamat beliau adalah mahu bermain di Spurs untuk sepanjang karier beliau sebagai pemain bola sepak. Kane memberitahu perkara itu kepada majalah sukan Bild di Jerman. Beliau berkata:

“Salah satu matlamat saya adalah untuk kekal di Spurs sepanjang karier saya.”

“Kami ada pasukan yang hebat, jurulatih yang hebat, pusat latihan profesional dan selepas ini kami akan beraksi di stadium baru.”

“Buat masa ini, segalanya ada di sini untuk saya dan saya gembira berada di sini.”

Harry Kane sudah 2 kali memenangi Anugerah Kasut Emas EPL, musim ini sudah menjaringkan 8 gol liga untuk Spurs. Beliau juga cemerlang di UCL. Beliau sudahpun menjaringkan 5 gol dalam UCL.

Kane turut cemerlang membantu Tottenham Hotspur menang ke atas Real Madrid dalam saingan UCL walaupun beliau tidak menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Kane dan rakan-rakan beliau di kem Spurs dalam persediaan untuk menghadapi Borussia Dortmund untuk perlawanan UCL pada awal pagi Rabu ini.

Pada Sabtu lalu, Kane kurang cergas dalam perlawanan menentang Arsenal dan menyaksikan skuad Spurs tewas di tangan seteru sebandar mereka Arsenal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN