EPL 2019/20: Ljunberg Positif Dengan Keputusan Seri Menentang Norwich

Pengurus Interim Arsenal, Freddie Ljunberg menegaskan beliau melihat keputusan seri yang diraih pasukannya ketika terikat 2-2 dengan Norwich City dalam perlawanan pertamanya itu sebagai perkembangan yang positif.

Arsenal beraksi perlawanan pertama sejak pemecatan Unai Emery, tetapi mereka dipaksa untuk bekerja keras untuk bangkit dari ketinggalan dua kali dalam perlawanan ini. Dua gol dari Pierre-Emerick Aubameyang memastikan The Gunners membawa pulang satu mata dari Carrow Road.

Keputusan seri itu mengheret rekod tanpa kemenangan Arsenal kepada lapan perlawanan dalam semua pertandingan dan mereka kini ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan di tangga keempat dalam misi mengejar empat pasukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ljunberg nyata kecewa dengan keputusan ini, namun beliau melihat ada beberepa perkara positif yang untuk dibawa ke aksi seterusnya menentang Brighton & Hove Albion pada Khamis ini.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin dapat mengejar slot ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), pengurus berusia 42 tahun itu dengan yakin menjawab pasukannya itu mampu meraihnya.

“Ya 100%. Seperti yang kami lihat, semua pasukan keciciran mata di sana sini dan kami juga terlepas dua mata berharga. Keadaan dalam liga agak ‘menggila’ sekarang ini.

Ketika Arsenal dilihat menguasai bola pada awal permainan, masalah kerapuhan benteng pasukan itu masih belum dapat diatasi selepas dibolosi penyerang Finland, Teemu Pukki yang mengakhiri kemarau gol dalam lapan perlawanan.

Arsenal kembali mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Aubameyang selepas Cristoph Zimmermann dipersalahkan kerana bola terkena tangannya dalam kotak penalti.

Satu lagi kelekaan barisan pertahanan Arsenal menghadiahkan gol kedua Norwich menerusi Todd Cantwell. Namun Aubameyang muncul penyelamat untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

“Kami memulakan perlawanan dengan baik, itulah corak permainan yang saya mahukan dalam bola sepak. Kami sepenuhnya mendominasi penguasaan bola dan itulah yang diperlukan untuk menjaringkan gol,” katanya ketika ditemui oleh Sky Sports selepas perlawanan.

“Kami menguasai perlawanan tetapi mereka [Aston Villa] menembusi pertahanan kita dengan begitu mudah dan dari situlah mereka dapatkan dua gol itu.

“Ianya sukar untuk diteruma, tetapi pemain saya telah menunjukkan kekuatan mental mereka. Mereka ketinggalan dua kali di tempat lawan dan berupaya untuk kembali mengikat kedudukann. Ia menunjukkan yang kami mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Saya mahu pasukan ini menang, hanya itu yang ada dalam fikiran saya. Saya benar-benar mahu menang perlawanan ini, jadi sudah tentu saya sedikit kecewa.”

Ljunberg hanya ada dua hari sahaja untuk mempersiapkan pasukannya sebelum berdepan Norwich berikatan pemecatan Emery pada Jumaat selepas pasukan itu tumpas kepada Frankfurt dalam saingan Liga Europa.

Sekalipun mempunyai tempoh masa yang singkat, pengurus interim itu melihat sudah ada sedikit sebanyak perubahan positif pada corak pemainan skuadnya.

“Pada awalnya saya lihat pemain begitu segar dan bersemangat, saya boleh lihat mereka melaksanakan banyak perkara yang telah diterapkan dalam latihan. Itu melegakan saya dan saya menyangka ianya akan berkesan, kami sepatutnya perlu menjaringkan gol pendahuluan tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Bila kamu hanya ada satu sesi latihan sahaja iaitu sehari sebelum perlawanan, sudah tentu ianya tidak mudah. Ia sukarm tetapi saya akan dapat lebih banyak sesi latihan selepas ini.

“Mereka [pemain] boleh berehat dulu, tetapi saya ada tugas yang perlu dibuat dan diharapkan kita akan melihat corak permainan yang lebih baik pada Khamis nanti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN