Pengadil Malaysia Terus Mendapat Kepercayaan Badan Antarabangsa

Pengadil bola sepak dan futsal negara terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila mendapat jemputan untuk mengadili perlawanan di luar negara.

Terbaru, seorang pengadil dan seorang pembantu pengadil mendapat jemputan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF).

Pengadil FIFA, Mohd Amirul Izwan Yaacob dan Penolong Pengadil FIFA, Mohd Yusri Muhamad telah dijemput oleh badan induk tersebut untuk bertugas mengadili perlawanan Pusingan Akhir Kejuaraan Bola Sepak EAFF E-1 2019 di Busan.

Pengadil Malaysia Terus Diberi Kepercayaan Antarabangsa

Dalam usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memberikan…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, December 1, 2019

Kejohanan serantau itu membabitkan penyertaan empat pasukan terbaik Asia Timur iaitu tuan rumah Republik Korea, Jepun, China dan Hong Kong.

Selain daripada Mohd Amirul dan Mohd Yusri, FAM melalui satu kenyataan turut mengesahkan Ahli Jawatankuasa Pengadil FAM, Widiya Habibah Shamsuri pula akan bertugas sebagai Penilai Pengadil bagi perlawanan kategori wanita dalam kejohanan tersebut.

Pengadil futsal negara, Helday Idang pula telah menerima jemputan daripada Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) untuk dilantik bertugas pada Kejohanan Futsal Antarabangsa PTT Thailand Five 2019 yang akan berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand dari 11 hingga 15 Disember 2019 akan datang.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, pelantikan pegawai-pegawai perlawanan di atas membuktikan pengadil dari Malaysia memiliki kualiti dan kredibiliti di peringkat antarabangsa dan diharap mereka dapat menjalankan tugasan masing-masing dengan sempurna.

Leave a Reply