Sebuah dokumen perjanjian telah dihantar untuk membenarkan Southampton mendapatkan penyerang Liverpool, Takumi Minamino secara pinjaman sehingga ke akhir musim ini.
Minamino menyertai Liverpool pada Januari 2020 daripada RB Salzburg selepas The Reds menebus klausa perpindahan pemain tersebut yang bernilai £7.25
Namun prestasi cemerlang Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane menyebabkan Minamino sukar untuk mendapatkan peluang untuk beraksi.
All the best at @SouthamptonFC, @takumina0116 👊
— Liverpool FC (@LFC) February 2, 2021
Dalam perlawanan lalu menentang West Ham, Klopp memilih Xherdan Shaqiri dan Divock Origi untuk membantu Liverpool merekodkan kemenangan 3-1.
Sepanjang tempoh musim ini, pemain antarabangsa Jepun itu telah dihadkan hanya kepada dua penampilan sahaja di saingan Premier League.
Khabar angin mulai bertiup kencang menjelang beberapa jam sebelum pintu perpindahan di Eropah ditutup untuk Southampton bertanya akan keberangkalian Liverpool boleh membenarkan mereka mendapatkan Minamino.
Takumi Minamino is undergoing his Southampton medical ahead of a loan move from Liverpool. (Source: Sky Sports)#DeadlineDay pic.twitter.com/p3lDovYdAe
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 1, 2021
Liverpool dilaporkan bersetuju menawarkan Minamino ke St. Mary, dan wartawan The Athletic, James Pearce mengesahkan dokumen berkaitan turut telah dihantar untuk merealiasasikan perpindahan tersebut.
Pada masa yang sama Liverpool telah mengesahkan ketibaan dua pemain, iaitu Ben Davies dari Preston North End dan Ozan Kabak dari Schalke.
Dua pemain pertahanan tengah itu akan mengurangkan sedidkit masalah kcederaan Liverpool di bahagian pertahanan setelah Klopp turut mengesahkan Joel Matip terpaksa disisihkan sepanjang musim ini akibat kecederaan ligamen di buku lali.
Baca artikel menarik lain mengenai Liverpool:
6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992