Liverpool Sudah Tetapkan Tarikh Dan Laluan Sekitar Merseyside Untuk Arak Trofi EPL & UCL

Majlis Perbandaran Liverpool mengesahkan telah menerima permohonan untuk perarakan besar-besaran dan spektakular diadakan di bandar itu sekiranya Liverpool FC mengakhiri musim ini dengan pencapaian luar biasa.

The Reds kini berada di laluan tepat untuk mencipta sejarah tersendiri di dalam bola sepak Inggeris – mengejar kejuaraan quadruple.

Selepas memenangi Piala Carabao pada Februari lalu, skuad kendalian Jurgen Klopp kini sudah melayakkan diri ke perlawanan akhir UEFA Champions League dan turut berada di kedudukan kedua – dibezakan hanya dengan satu mata daripada Man City di kedudukan Premier League.

Pasukan itu terlebih dahulu akan berhadapan Chelsea di perlawanan akhir Piala FA pada 14 Mei sebelum ‘misi balas dendam’ menentang Real Madrid di Paris.

Persiapan awal

Datuk Bandar Liverpool, Joanne Anderson secara rasmi telah menjemput pihak Liverpool FC untuk turut serta dalam persiapan perarakan trofi itu.

Walaupun Liverpool kini berpotensi memenangi empat kejuaraan pada musim ini, pihak Majlis Perbandaran bagaimana pun mengesahkan perarakan tersebut hanya akan diteruskan sekiranya kelab itu menjuarai sekurang-kurangnya Premier League atau Champions League.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1522609257794965504

Hal berkaitan logistik adalah cabaran terbesar untuk perarakan diadakan di Merseyside. Disebabkan skala perarakan yang dianggap akan menjadi antara yang terbesar di dalam sejarah bola sepak Inggeris, persiapan dan pengumuman awal telah dilakukan.

Tarikh perarakan ditetapkan pada 29 Mei bermula 4pm. Selepas perarakan majoriti pemain akan menyertai pasukan kebangsaan masing-masing untuk tugasan antarabangsa.

Tarikh tersebut turut jatuh pada insiden malang yang berlaku di Stadium Heysel – perlawanan eropah membabitkan Liverpool vs Juventus pada 29 May 1985.

Untuk memperingati tragedi tersebut, pihak Majlis Perbandaran Liverpool dan Liverpool FC akan menghadiri satu majlis peringatan pada sebelah pagi 29 Mei 2022 ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN