Seperti Konsep Perkongsian Kepakaran Dengan Indonesia, Ini Individu Yang Bantu Kemaskan Kelantan FC

Yusup Presetiyo Kelantan FC 2022 Indonesia

Dianggap sebagai antara jurulatih muda berbakat di Indonesia, Yusup Presetiyo kini bertugas sebagai penolong kepada jurulatih muda dari Malaysia, Rezal Zambery Yahya yang merupakan ketua jurulatih buat Kelantan FC.

Kelantan mempamerkan prestasi memberangsangkan pada permulaan musim 2022 di Liga Premier apabila menerajui takhta dengan berkongsi 15 mata bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II, dibezakan perbezaan gol.

Menurut perkongsian laman Facebook rasmi pasukan, TRW Kelantan FC, pengendali yang mesra disapa Yoyo itu memiliki lesen kejurulatihan A AFC dan sebelum ini penolong jurulatih di PSPS Riau di Liga 2, Indonesia.

Diimport pemilik pasukan, Norizam Tukiman pada musim ini untuk membantu Rezal Zambery Yahya, beliau mempamerkan kemampuannya dalam membantu pengendali dari segi kejurulatihan dan juga analisis. Malah, pada dasarnya, ia seperti berkonsep perkongsian kepakaran antara dua kelab dimiliki Norizam Tukiman.

Kelantan dan PSPS Riau adalah dua pasukan yang dimiliki usahawan Malaysia itu pada saat ini. Beliau telah mengambil alih kelab Indonesia tersebut pada Mei 2021 selepas hampir setahun mengambil alih Kelantan.

Menurut perkongsian itu, dinyatakan yang Yusup sering berkelana ke Eropah untuk menimba ilmu di kelab-kelab ternama di sana dan mempunyai kemahiran IT dan data analisa yang menjurus kepada bola sepak moden.

Ini kerana, beliau pernah terlibat menimba ilmu analisis taktikal bersama akademi di Eropah seperti Borussia Munchen Gladbach Academy (2017), VVV Venlo Academy (2017), Liverpool Academy (2018), Ajax Amsterdam Academy (2018), Feyenoord Academy (2018), Valencia Academy (2018) dan Benfica Academy (2019).

“Sejurus tamat Liga 2 Indonesia pada hujung November 2021, beliau terus dipanggil ke TRW Kelantan FC untuk menyerap budaya dan sistem serta falsafah permainan yang diterapkan oleh pemilik kedua-dua kelab ini iaitu En. Norizam bin Tukiman. Beliau yang menjadi antara individu penting di belakang tabir kejayaan TRW Kelantan FC mendahului kedudukan Liga Premier pada ketika ini sering membantu Sang Ketua Jurulatih, Saudara Rezal Zambery Yahya dan barisan barisan kejurulatihan yang lain.”

Facebook TRW Kelantan FC

Jika dilihat, selain dilantik sebagai penolong jurulatih skuad utama, Yusup turut bertanggungjawab sebagai ketua pembangunan kelab dalam memilih pemain muda yang berbakat selain membantu mencadangkan pemain untuk dinaikkan ke skuad senior pada musim hadapan. Ini antara tugasan pentingnya musim ini.

Sebagai jurulatih, Yusup pernah membimbing beberapa pasukan muda antaranya Asian Soccer Academy (2010-11) dan Lijiang FC U16, China (2017) serta penolong jurulatih beberapa pasukan yang bersaing di Liga Indonesia seperti Celebest FC (Liga 2), PSMS Medan (Liga 1), PSIM Jogja (Liga 2) dan Barito Putera (Liga 1).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN