Liverpool Sertai Perlumbaan Kelab Lain Untuk Cuba Dapatkan Mac Allister Musim Depan

Liverpool nampaknya serius untuk kembali memperbaharui jentera tengah mereka musim hadapan dengan lebih baik, selepas pasukan tersebut kini menyasarkan beberaoa pemain bintang untuk ditandatangani.

Terbaharu, kelab tersebut dilaporkan secara serius berminat untuk mendapatkan pemain tengah berpengaruh Brighton & Hove Albion iaitu Alexis Mac Allister pada musim hadapan.

Selain Liverpool, dua lagi pasukan besar dalam saingan English Premier League (EPL) iaitu Manchester United serta Arsenal juga mempamerkan rasa minat yang mendalam untuk cuba mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Argentina itu.

Musim ini, Mac Allister menjadi antara pemain tengah paling menonjol dalam saingan EPL, menerusi pengaruh besar dibawa beliau bersama Brighton dalam setiap perlawanan dihadapi mereka.

Untuk rekod, Mac Allister telah pun meledak lapan gol serta mencipta satu bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 24 penampilan bersama Brighton bawah kendalian Roberto De Zerbi.

Malah, pengaruh tersebut dibawa dengan begitu baik dalam saingan Piala Dunia di Qatar, selepas Mac Allister menjadi antara tunjang penting yang membawa Argentina muncul selaku juara.

Pemain berusia 24 tahun itu dilabel sebagai seseorang pemain yang sangat bijak dan diakui oleh bekas pemain kebangsaan Argentina sendiri iaitu Sergio Aguero.

Menerusi pengaruh dalam permainan serta rekod yang bagus, maka tidak menjadi sesuatu menghairankan jika ada banyak kelab-kelab besar lain memasang impian untik mendapatkan Mac Allister dalam skuad mereka.

Persoalannya kini, adakah Mac Allister sendiri setuju untuk tinggalkan Brighton pada masa akan datang, selepas kekal menjadi kunci utama buat pasukan tersebut.

Menurut laporan daripada Sportbible, Liverpool bersama United, serta Arsenal kekal menjadi tiga kelab yang menunjukkan minat tinggi bagi mendapatkan khidmat Mac Allister.

Malah, dilaporkan dua daripada kelab tersebut sudah pun menghubungi bapa serta ejen rasmi Mac Allister untuk memikirkan masa depan pemain tersebut pada masa akan datang.

Apapun, Liverpool perlu berusaha lebih keras sekiranya mereka serius mahu mendapatkan khidmat Mac Allister selaku nafas baharu di posisi tengah mereka masa depan.

Selain Mac Allister, The Reds juga menumpukan kepada beberapa lagi pemain tengah lain untuk dipantau seperti Connor Gallagher serta Mason Mount yang merupakan bintang Chelsea.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN