Liverpool Sertai Man Utd & Man City Buru Alexis Sanchez

Tidak ada nama Alexis Sanchez di dalam skuad Arsenal yang sedang beraksi menentang Bournemouth ketika artikel ini ditulis.

Begitu juga dengan perkhabaran kecederaan. Tiada laporan mengenai kecederaan terhadap pemain sayap antarabangsa Chile itu dilaporkan.

Semalam Arsene Wenger mengesahkan ia hampir pasti bahawa Alexis Sanchez tidak akan menyambung kontrak untuk kekal di Emirates melangkaui Jun ini.

Alexis Sanchez
(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Tatkala jendela perpindahan Januari masih terbuka, kemungkinan Arsenal untuk melepaskan pemain tersebut dalam masa terdekat agak tinggi.

Persoalannya ialah ke manakah Sanchez akan pergi setelah Liverpool menjadi kelab terkini dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu.

Menurut laporan oleh Mirror yang turut dipetik oleh ESPN, kelab Merseyside tersebut mahu melaburkan sebahagian keuntungan hasil penjualan Philippe Coutinho terhadap Sanchez.

Malah Liverpool dikatakan bersedia untuk memenuhi tuntutan bayaran oleh Arsenal iaitu £35 juta.

Sebelum ini, niat Manchester City untuk membawa Sanchez ke Etihad terhalang disebabkan mereka hanya sanggup membayar  £25 juta untuk pemain yang boleh diperolehi secara percuma pada Julai akan datang.

L(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Kemudian akhbat The Guardian turut melaporkan Manchester United turut menyatakan minat untuk mendapatkan Sanchez dan dilaporkan telah menawarkan £30 juta kepada Arsenal.

Manchester Evening News (MEN) turut melaporkan pasukan rundingan Manchester United sudah menyelesaikan rundingan dengan ejen pemain berkenaan untuk memastikan Sanchez akan ke Old Trafford.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Walaupun mampu untuk memenuhi permintaan Arsenal untuk mendapatkan Sanchez, United dan City masih mempunyai kelebihan dipilih sebagai destinasi Alexis Sanchez kerana kedua-dua kelab Manchester itu memiliki struktur dan skim pembayaran gaji yang lebih baik.

City dilaporkan bersedia membayar sehingga £285,000 seminggu kepada Sanchez, manakala United dikatakan bersedia menawarkan pakej pembayaran melebihi £300,000 seminggu.

Kini terpulang kepada Alexis Sanches, sama ada memilih untuk ke Old Trafford, Etihad, atau pun Anfield untuk meneruskan karier beliau di England.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN