‘Liverpool Semakin Laku’ – Bakal Perolehi Tajaan Jersi Paling Mahal Dalam Sejarah Bola Sepak

Liverpool berjaya deretan kejayaan di dalam pertandingan bola sepak Inggeris dan Eropah sejak beberapa tahun lalu.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih bermakna populariti Liverpool kini semakin meningkat. Sejajar dengan populariti yang diraih hasil kejayaan di atas padang, ‘nilai saham’ Liverpool di luar padang – iaitu aspek komersil juga semakin meningkat.

Liverpool berjaya bergelar juara Premier League pada musim 2019/20, dan juga UEFA Champions League pada musim 2018/19.

Musim ini The Reds sudah berjaya memastikan Piala Carabao milik mereka dan berada di landasan tepat untuk merangkul semua kejuaraan dipertandingkan pada musim ini – sesuatu yang belum pernah dicapai oleh kelab Inggeris sebelum ini.

Sesuai dengan nilai dan prestij yang semakin meningkat, pihak pengurusan Liverpool juga dijangka akan menggunakannya untuk meraih keuntungan sebanyak mungkin.

Menurut Daily Mail, Liverpool kini sedang melakukan rundingan untuk mendapat tajaan baharu pada jersi mereka.

Buat masa ini jersi Liverpool ditaja oleh Standard Chartered, sebuah syarikan perbankan British. Kelab tersebut sebelum ini bersetuju dengan kontrak sehingga musim 2022/23 dengan tajaan bernilai £40 juta setahun.

Kedua-dua entiti pada masa ini masih gembira dan berpuas hati dengan kerjasama yang dijalin sejak beberapa musim lalu. Malah Standard Chartered dan Liverpool kini telah memulakan perbincangan untuk kerjasama baharu.

Menyedari pencapaian di atas padang sejak beberapa musim lalu, Liverpool kini dikatakan mahukan nilai tajaan yang dibayar Standard Chartered sebelum ini digandakan.

Daily Mail berkata Liverpool menuntut agar tajaan tahunan itu ditingkatkan kepada  £80 juta setahun. Sekiranya cadangan tersebut diterima oleh Standard Chartered, maka Liverpool bakal memiliki tajaan jersi paling mahal dalam sejarah bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN