JDT Sah Bakal Berdepan Red Devils Dalam Format Kalah Mati Di Pusingan 16 Terbaik

Urawa Red Diamond Red Devils JDT ACL 2022

18 atau 19 Ogos depan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan wakil J1 League, Urawa Red Diamonds atau Red Devils di pusingan 16 terbaik dan ia bakal berlangsung tanpa aksi timbal balik ataupun format kalah mati.

Sukar? Apa yang tidak sukar apabila ia melibatkan saingan tertinggi di Asia ini? Dari peringkat kumpulan lagi JDT sudah berdepan dengan kemungkinan yang mereka tidak akan mara sejauh ini apabila diundi bersama Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai, dua pasukan gergasi era kini daripada J1 League dan K-League.

ACL 2022: JDT Cipta Sejarah Mara Ke Pusingan Kalah Mati Selepas Tewaskan Ulsan Hyundai

Namun, JDT menafikan segalanya apabila terus mara bersendirian daripada Kumpulan I apabila Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai berjaya disingkirkan kedua-duanya daripada saingan. Urawa Red Diamonds adalah mantan juara AFC Champions League (ACL) pada 2007 dan 2017 selain muncul naib juara pada edisi 2019.

Setakat ini, sejarah telah pun dilakar apabila menjadi pasukan Malaysia pertama mara ke pusingan 16 terbaik dalam format baharu ACL. Adakah mereka akan melakar lagi sejarah baharu ataupun ini adalah noktahnya?

Selain JDT, wakil Thai League 1, BG Phathum United turut menemani JDT selaku wakil Asia Tenggara ke-2 ke pusingan kalah mati ini. Ini kali kedua mereka mara selepas kali pertama melakukannya pada edisi lepas namun dikecewakan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai Motors 2-4 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Urawa Red Diamond turut berdepan kesukaran saingan peringkat kumpulan sebagaimana JDT sehingga ke aksi terakhir. Kebangkitan wakil Singapura, Lion City Sailors di ACL kali ini menjadikan saingan Kumpulan F juga tidak kurang menariknya. Sebagaimana saingan Kumpulan I, Kumpulan F juga melibatkan terma ‘winner takes all’.

Tetapi, kesukaran itu lebih kepada dua lagi pasukan iaitu Daegu FC, wakil K-League dan Lion City Sailors yang bersaing sehingga ke perlawanan terakhir kumpulan untuk satu lagi slot. Urawa Red Diamonds telah sah mara selepas membenam Lion City Sailors enam gol tanpa balas dalam aksi terakhir kedua peringkat kumpulan.

Kemenangan besar dalam dua aksi terakhir kumpulan berdepan Lion City Sailors (6-0) diikuti menang 5-0 ke atas Shandong Taishan FC pastinya memberi impak yang terbaik buat Red Devils untuk berdepan JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN