Liverpool menjadi antara pasukan tumpuan ketika ini, kerana kelab tersebut dilaporkan giat untuk mendapatkan pemain-pemain baharu pada musim hadapan khususnya di posisi tengah yang dianggap sangat kritikal.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada musim ini mengalami masalah konsistensi dalam permainan, setelah ramai pemain beliau yang mengalami kecederaan serta tidak memenuhi piawaian diinginkan.
◉ Most tackles made in the 2022/23 Primeira Liga: Manuel Ugarte (102)
◉ Most tackles made in the 2022/23 Champions League: Manuel Ugarte (29)
◉ Most tackles made in in the 2022/23 Europa League knockout stages: Manuel Ugarte (22)
Got that Garra Charrúa. 🧉 pic.twitter.com/EPTfNMjQbG
— Squawka (@Squawka) April 21, 2023
Kedudukan semasa mereka dalam persaingan liga juga sangat goyah disebabkan krisis-krisis tersebut sehingga menyaksikan Liverpool bakal terlepas slot untuk beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL).
Disebabkan itu, beberapa pemain telah pun berada bawah pemantauan mereka terutama sekali di posisi tengah dalam misi untuk kembali memberi cabaran dalam saingan English Premier League (EPL) serta kejuaraan lain.
Pemain-pemain seperti Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Naby Keita serta Fabinho antara yang sudah berusia dan tidak sesuai untuk beraksi selaku perancang utama pasukan dalam setiap perlawanan.
Ketika ini, Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berbakat dari Sporting Lisbon iaitu Manuel Ugarte dan sudah pun mengadakan perbincangan awal.
Sebelum itu, pesaing mereka iaitu Arsenal juga menjadikan Ugarte sebagai sasaran untuk dibawa masuk bagi terus memperkukuhkan posisi tengah The Gunners musim hadapan.
Selain beberapa pemain dikaitkan bersama Liverpool, Ugarte menjadi nama baharu yang dikaitkan bersama kelab tersebut dan memiliki ciri permainan bersesuain bawah kendalian Klopp.
Menurut laporan dikeluarkan oleh Sportbible, pasukan tersebut kini sudah pun mengadakan perbincangan awal bersama Sporting Lisbon untuk melihat peluang mendapatkan Ugarte.
Musim ini menyaksikan Ugarte telah pun beraksi sebanyak 43 perlawanan bersama Sporting Lisbon serta mempamerkan aksi cukup menyakinkan di atas padang.
Selain Liverpool dan Arsenal, beberapa kelab lain dilaporkan turut berminat akan pemain tersebut seperti Newcastle United, Tottenham Hotspur serta Leeds United.
Maka, pihak pengurusan Liverpool perlu bertindak pantas jika mereka betul-betul mahu menjadikan pemain kebangsaan Uruguay itu sebagai senjata baharu pada musim akan datang.
Klopp juga dikatakan menaruh minat yang tinggi akan kualiti dipamerkan oleh Ugarte dan dilihat bersesuaian untuk menggantikan khidmat Fabinho dalam jangka masa panjang bersama Liverpool.
Manuel Ugarte.
Get it done, @LFC. pic.twitter.com/pNbSXxBwao
— H (@TheLiverpoolEra) April 28, 2023
Sehingga kini, saingan terbesar kepada Liverpool ialah Arsenal selepas pasukan tersebut terlebih dahulu menghantar pemantau untuk menilai aksi Ugarte.
Maka, ini menjadi sesuatu yang menarik untuk diperkatakan jika Liverpool mampu bertindak lebih pantas daripada Arsenal untuk mengikat Ugarte pada masa akan datang.