Liverpool Sahkan Nike Ganti New Balance

Liverpool sah mengikat perjanjian mewah bersama Nike untuk menggantikan New Balance sebagai pembekal jersi kelab Merseyside itu mulai 2020/21.

Liverpool sebelum ini diheret ke mahkamah oleh New Balance selepas kelab itu melakukan rundingan bersama Nike untuk menjadi pembekal jersi pasukan itu.

Kontrak New Balance bersama Liverpool tamat pada Mei 2020 akan datang.

Bagaimanapun, New Balance dalam kes pendakwaan tersebut berkata syarikat yang berpengkalan di Boston, Amerika Syarikat itu mempunyai hak untuk menandingi jumlah tawaran yang ditawarkan Nike.

Liverpool bagaimanapun berjaya memberikan hujah bahawa New Balance tidak akan mampu bersaing dengan Nike dari segi pasaran dan pemasaran, dan menganggap tawaran oleh New Balance tidak memberi kelebihan kepada Liverpool berbanding apa yang ditawarkan oleh Nike.

“Kami mengalu-alukan Nike ke dalam keluarga LFC sebagai pembekal kit rasmi kami yang baru, dan mengharapkan mereka menjadi rakan kongsi luar biasa untuk kelab, sama ada di rumah dan di seluruh dunia ketika kami terus memperluaskan jumlah penyokong kami,” ikar Billy Hogan yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Komersil kelab.

“Sebagai sebuah jenama, Nike menggambarkan cita-cita kami untuk terus berkembang, dan kami tidak sabar untuk bekerjasama bersama mereka untuk menawarkan penyokong kami dengan produk-produk menarik.

“Kami turut berterima kasih kepada New Balance untuk sokongan mereka selama beberapa tahun ini, dan mengucapkan selamat maju jaya,” tambah Hogan lagi.

Dengan pengumuman ini, ini bermakna Nike akan menjadi pembekal jersi untuk skuad lelaki, wanita dan pasukan akdemi Liverpool bermula 1 Jun akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN