Aubameyang Nyata Taat Setia Hanya Kepada Arsenal

Pierre-Emerick Aubameyang

Selepas timbul khabar angin menyatakan dirinya mahu meninggalkan Stadium Emirates pada jendela perpindahan Januari ini, Pierre-Emerick Aubameyang tampil menyatakan taat setia dan komitmen untuk terus kekal bersama Arsenal.

Beberapa laporan di media Inggeris sebelum ini berkata bekas pemain Borussia Dortmund itu mahu meningalkan Arsenal.

Namun ketika ditemu bual selepas membantu Arsenal menewaskan Leeds United di pusingan ketiga Piala FA, pemain antarabangsa Gabon itu berkata beliau mahu terus kekal.

Embed from Getty Images

Selepas memuji penyokong atas atmosfera yang dihasilkan ketika Arsenal menundukkan Manchester United 2-0, Aubameyang kemudiannya menjawab persoalan yang berada di kebanyakkan minda penyokong.

“Saya juga mahu menjawab beberapa khabar angin mengenai diri saya di media.

“Ramai orang gemar membuat cerita, dan mereka sepatutnya hanya fokus kepada apa yang berlaku di dalam padang. Mereka bercapak terlalu banyak, dan membuatkan saya pening kepala!

“Saya adalah kapten Arsenal. Saya sayangkan kelab ini,” ujar Aubameyang melalui kenyataan yang dikongsikan melalui buku program hari perlawanan.

“Saya akan terus komited dan mahu berusaha membawa kelab ini kembali kepada kejayaan yang pernah mereka lalui dahulu.”

Kemenangan ke atas Leeds memberikan kemenangan kedua berturut-turut buat Mikel Arteta sebagai pengurus pasukan.

Embed from Getty Images

Namun Aleandre Lacazette berkata pengendali dari Sepanyol itu tidak berpuas hati dengan apa yang beliau saksikan dalam perlawanan menentang wakil dari Championship itu.

“Pengurus [Arteta] menjerit dengan kerap. Beliau tidak gembira kerana kami sudah menjangkakan mereka [Leeds] akan bermain sebegitu, dan kami seolah-olah tidak menghormati arahan yang diberikan,” dedah Lacazette kepada BBC.

Leave a Reply