Liverpool Menang Juga Akhirnya Pada 2017, 2 Gol Mane Hadiahkan 3 Mata

Liverpool menang 2-0 ke atas Spurs di Anfield untuk mengakhiri badi tahun 2017.

Tahun 2017 adalah tahun yang sukar untuk penyokong Liverpool. Mereka gagal menang mana-mana perlawanan liga pada musim 2017.

Minggu lalu, anak buah Jurgen Klopp dikejutkan oleh Hull City dengan kekalahan 2-0 kepaada The Reds.

Bersambung EPL pada minggu ini, Liverpool berhadapan dengan Tottenham Hotspurs yang dalam landasan untuk mencabar kejuaraan.

Liverpool sekali lagi membuktikan mereka adalah pasukan yang berupaya mencipta keputusan positif berhadapan dengan 6 teratas.

The Reds, mendahului menerusi jaringan cantik Sadio Mane pada minit ke-16. Ia berpunca daripada kelekaan pertahanan Spurs.

Tidak lama selepas itu, Mane menambah derita Spurs dengan jaringan kedua peribadi beliau pada minit ke-18.

Mane berpeluang menjaringkan hat trik sebelum rehat, namun cubaan beliau gagal menemui gawang.

Tersentak dengan 2 gol itu, Spurs cuba untuk menggandakan asakan. Pada minit ke-27, Son Heung Min melakukan cubaan dalam keadaan 1 lawan 1 dengan Mignolet.

Namun Mignolet cemerlang menafikan cubaan jarak dekat.

Spurs gagal membalas 2 gol yang dijaringkan oleh Sadio Mane. Begitu juga Liverpool gagal untuk menambah gol dalam perlawanan ini.

Hugo Lloris cemerlang menafikan beberapa cubaan Roberto Firmino.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino kecewa dengan cara mereka memulakan perlawanan.

Beliau menyifatkan anak-anak buah beliau melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Pochettino turut melabel cara mereka bermain semalam menunjukkan mereka tidak cukup karakter untuk mencabar kejuaraan.

Kekalahan Spurs bermakna mereka kini dibezakan 9 mata daripada pendahulu Chelsea. Jika Chelsea menang pada hari ini, skuad Antonio Conte akan menjarakkan kedudukan kepada 12 mata.

Baca juga: DFB Arahkan South Stand (The Yellow Wall) Borussia Dortmund Ditutup!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN