Luis Figo Tinggalkan Barcelona Kerana Kurang Dihargai Di Camp Nou

Kenapa Luis Figo tinggalkan Barcelona ke Real Madrid?

Ia antara perpindahan paling kontroversi dalam sejarah bola sepak. Luis Figo membuat perpindahan dari Barcelona ke Real Madrid.

Ketika itu, beliau berada dalam kemuncak prestasi. Figo akhirnya membuka mulut tentang kenapa beliau tinggalkan Barcelona dam menyertai musuh el-classico, Real Madrid.

“Pada satu tahap anda rasakan anda tidak begitu diperlukan di sana. Anda kurang dihargai, bukannya penyokong tidak menghargai anda, tetapi pengurusan.”

“Kemudian, apabila anda dapat satu peluang untuk menukar angin, maka itulah yang akhirnya berlaku.”

Luis Figo menyertai Barcelona dengan perpindahan £2.25 juta pada 1995. Beliau terus menjadi nadi pasukan bersama-sama dengan Patrick Kluivert dan juga Rivaldo.

Beliau cepat menjadi hero di Camp Nou apabila terang-terangan menyatakan sokongan beliau kepada kemerdekaan Catalan.

Namun, selepas itu beliau menjadi watak paling dibenci di Barcelona.

Ianya selepas Figo mendesak agar Barcelona menerima bidaan daripada Real Madrid dengan bayaran rekod dunia £37 juta.

Ianya adalah jumlah buy-out clauses yang terkandung di dalam kontrak beliau.

Pada tahun 2000, Figo telah berhijrah ke Real Madrid. Lebih ironi, aksi cemerlang Figo di Barcelona sebelum itu membolehkan beliau menang Ballon d’Or. Tetapi atas tiket pemain Real Madrid.

Lebih kurang seperti mana Daniel Alves menang FIFA XI tempoh hari atas tiket pemain Juventus. Secara teknikalnya, ia pengiktirafan kepada aksi Alves di Barcelona pada musim sebelum itu.

Berbalik kepada kes Luis Figo, beliau memang sudah menjangka ia akan menjadi kontroversi dan beliau sudah bersedia menghadapinya.

Ini adalah layanan yang diberikan oleh penyokong Barcelona pada perlawanan el-clasico pertama Figo selepas perpindahan tersebbut.

Luis Figo menafikan faktor duit sebagai perkara paling penting di dalam keputusan beliau.

Sebaliknya beliau menganggap ‘orang Real Madrid’ telah membuatkan hati dia tertarik untuk bermain di kelab tersebut.

Figo tetap berbangga dengan sejarah karier beliau di Barcelona. Beliau banyak belajar daripada falsafah Johan Cruyff ketika di sana.

Baca juga: Prolifiknya PKNS Dalam 2 Perlawanan Terakhir! Langkah Besar Pasukan Dark Horse

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN