Liverpool Letak Nilai £145 Juta Untuk Lepaskan Phillipe Coutinho Ke Nou Camp

Phillipe Coutinho
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Barcelona perlu membayar sejumlah £145 juta seperti yang ditetapkan oleh Liverpool bagi mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Brazil, Phillipe Coutinho yang telah lama menjadi sasaran kelab Catalan itu.

Harga yang ditetapkan oleh Liverpool itu bakal menjadikan nilai tertinggi buat seorang pemain yang tidak mempunyai klausa perpindahan pada kontrak.

Seperti semua sedia maklum pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Paris Saint-Germain telah mengaktifkan klausa perpindahan bernilai £198 juta buat seorang lagi pemain dari Brazil, Neymar.

Selepas spekulasi mengenai Coutinho hangat diperkatakan akibat kesilapan yang dilakukan Nike, Coutinho juga tidak turut serta bersama skuad Liverpool yang berlepas ke Dubai bagi menghadapi kem latihan disana. Keadaan yang begitu menguatkan berita Coutinho akan ke Nou Camp bulan ini.

Sekiranya perpindahan berprofil tinggi ini selesai, pemergian Coutinho dapat memberikan ‘kegembiraan’ buat kewangan Liverpool kerana kelab Merseyside itu hanya membelanjakan £8.5 juta bagi mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu dari Inter Milan pada tahun 2013.

Dari perspektif perniagaan ianya merupakan satu langkah yang begitu baik dengan keuntungan yang diperoleh hasil dari penjualan tersebut.

Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group mengambil langkah luar biasa mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa Phillipe Coutinho tidak akan dijual dalam jendela perpindahan musim panas lalu.

Walau bagaimanapun, pendirian Liverpool kini kelihatan sudah berubah, dengan Klopp enggan untuk mengulas mengenai pemergian Coutinho ketika ditanya mengenai situasi minggu ini.

Pada jendela musim panas yang lalu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp begitu tegas dalam menolak tawaran demi tawaran yang diterima Coutinho.

Sebelum ini Liverpool telah berbelanja besar bagi mendapatkan pemain pertahanan Belanda, Virgil Van Dijk dari Southampton dengan menjadikan beliau sebagai pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah bola sepak dengan nilai £75 juta.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN