Jose Mourinho Minta Maaf Kepada Henrikh Mkhitaryan

Jose Mourinho mendedahkan bahawa beliau telah meminta maaf kepada pemain antarabangsa Armenia, Henrikh Mkhitaryan selepas mengeluarkan pemain tersebut pada waktu rehat separuh masa dalam saingan Piala FA pada awal pagi tadi.

Mourinho turut mendedahkan bahawa beliau berbuat demikian di hadapan pemain-pemain yang lain di dalam bilik persalinan.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Manchester United menewaskan Derby County 2-0 dalam perlawanan pusingan ke-3 Piala FA pada awal pagi tadi. Ketika Mkhitaryan dikeluarkan pada waktu rehat separuh masa pertama, kedudukan kedua-dua pasukan adalah terikat tanpa jaringan.

Untuk rekod, pemain berusia 28 tahun yang tiba dari Borussia Dortmund pada musim panas 2016 itu hanya berada di dalam kesebelasan utama Manchester United buat kali kedua sejak dua bulan yang lalu pada perlawanan awal pagi tadi.

Namun selepas 45 minit aksi di atas padang, Mourinho mengeluarkan Mkhitaryan bagi memberi laluan kepada Romelu Lukaku pada babak kedua perlawanan.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Ketika sidang media selepas perlawanan, pengendali daripada Portugal tersebut menyifatkan tindakan mengeluarkan Mkhitaryan sebagai tidak adil buat pemain tersebut.

“Saya tidak gemar dengan apa yang saya lakukan. Ia tidak adil. Mkhitaryan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian.”

“Sebenarnya Mkhitaryan beraksi dengan cemerlang. Beliau tidak bermain buruk, walaupun beberapa kali berada berada di luar posisi. Sebaliknya kehadiran Mkhitaryan telah memberikan dinamik kepada pasukan.”

“Berdasarkan penilaian saya, Rashford tidak akan menjaringkan gol. Oleh kerana itu, saya tidak mahu membuang masa dan pantas memasukkan Lukaku, sekaligus bermakna saya terpaksa mengeluarkan Mkhitaryan.”

“Ia bukan kebiasaan bagi saya untuk melakukan pertukaran selepas tamat babak pertama perlawanan. Untuk itu, saya memohon maaf kepada Mkhitaryan di hadapan pemain lain kerana beliau tidak wajar dilayan sebegitu,” jelas Mourinho akan langkah yang dilakukannya itu.

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Kemasukan Lukaku pada babak kedua perlawanan membuahkan hasil buat Mourinho apabila Lukaku berjaya menjaringkan gol pertama daripada lima perlawanan sebelum ini pada minit akhir perlawanan tersebut.

Manchester United pada mulanya gagal memburu gol walaupun mempunyai 10 percubaan tepat sepanjang tempoh perlawanan. Kebuntuan United akhirnya terlerai pada minit ke-84 perlawanan, apabila Jesse Lingard meneruskan ketajaman penyudahnya dengan gol ke-8 daripada 10 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim ini.

Manchester United akhirnya mengesahkan kemenangan apabila Romelu Lukaku menyudahkan serangan balas pantas pada babak akhir perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN