Liverpool Lantik Pakar Lontaran Ke Dalam Untuk Tingkatkan Kualiti Pasukan

Ini satu berita yang jarang kita dengar dalam dunia bola sepak.

Pasukan Liverpool telah mengambil satu inisiatif khas dalam memperbaiki kualiti lontaran ke dalam mereka dengan melantik jurulatih khas untuk itu.

Menurut laporan Sky Sports, Liverpool telah melantik Thomas Gronnemark sebagai jurulatih khas bagi membantu meningkatkan kualiti lontaran ke dalam pasukan tersebut.

Tugas Gronnemark adalah mudah iaitu menjadikan Liverpool sebagai sebuah pasukan yang cukup ampuh dalam situasi lontaran ke dalam terutamanya di kawasan pasukan lawan.

Gambar: Sky Sports

Liverpool merancangan untuk menggunakan lontaran jauh sebagai senjata mereka untuk mencari jaringan gol.

Sebelum ini Gronnemark pernah melatih pasukan-pasukan Eropah yang lain seperti FC Midtjylland dan dua pasukan Bundesliga iaitu Hertha Berlin dan juga Schalke 04.

“FC Midtjylland telah membuktikan yang lontaran ke dalam mampu menjadi sebuah senjata yang cukup bahaya sekiranya ianya dilakukan dengan teknik yang betul, ketepatan dan kesedaran taktikal yang tinggi.”

Menurut Gronnemark, lontaran ke dalam yang terlalu tinggi bolehkan pertahanan lawan mengatasinya dengan mudah.

“Jika anda boleh melakukan lontaran jauh ke dalam yang tepat dan baik bersama dengan aspek taktikal, ia lebih mudah untuk menjaringkan gol.”

“Ia lebih mudah untuk menjaringkan gol dengan lontaran rata (flat throw) berbanding lontaran tinggi yang mudah diatasi oleh pertahanan.”

Gronnemark memegang rekod sebagai pelontar hantaran ke dalam terjauh di dunia dengan jarak 51.33 meter.

Beliau akan bertugas sebagai jurulatih separuh masa di Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN