Gundogan Anggap Layanan Buruk Terhadap Ozil Melampaui Batas Perkauman

Mesut Ozil masih belum lagi terlepas dari menerima sebarang kritikan di atas persaraan beliau dari skuad kebangsaan Jerman.

Ianya ditambah dengan aksi longlai beliau bersama Arsenal di permulaan saingan Premier League, membuatkan kritikan beliau terhadapnya tidak berhenti.

Terbaharu, rakan sepasukan beliau ketika di dalam skuad Jerman tampil mempertahankan Ozil yang teruk dikecam.

Menurut laman Goal, Ilkay Gundogan menyatakan layanan yang diterima oleh Ozil oleh warga Jerman terhadap isu pemain itu telah melebihi batas perkauman.

Kata Gundogan, segala kegagalan yang dihadapi oleh Jerman ketika saingan Piala Dunia 2018 seolah sengaja diletakkan ke bahu para pemain negara itu yang berketurunan Turki.

“Adakah perkara ini terpengaruh dengan perkara perkauman?”

“Anda beritahu saya, adakah tindakan menulis di Facebook dengan ayat, ‘pasukan kebangsaan Jerman: 23 pemain Jerman & 2 orang kambing c****a?’ Adakah itu bukan perkauman?”

WARSAW, POLAND – JUNE 28: Mesut Ozil (L) of Germany is comforted by his team-mate Ilkay Gundogan (R) after the UEFA EURO 2012 semi final match between Germany and Italy at the National Stadium on June 28, 2012 in Warsaw, Poland. (Photo by Joern Pollex/Getty Images)

Kata Gundogan, jasa Ozil terhadap bola sepak Jerman sememangnya tidak boleh dinafikan.

Malah beliau sendiri mengakui kerana pemain Arsenal itu, beliau mahu beraksi dengan pasukan Jerman.

“Dalam konteks sukan, pemergian Mesut Ozil dari skuad Jerman itu adalah satu kasihan. Beliau telah lakukan banyak perkara untuk pasukan kebangsaan dan ianya satu kerugian buat pasukan.”

“Secara peribadinya, beliau telah lakukannya banyak perkara untuk saya. Beliau adalah punca kenapa saya mahu beraksi dengan Jerman.”

Jerman tumbang awal di Piala Dunia 2018 dengan Ozil menjadi subjek kritikan kepada kegagalan negara tersebut di Rusia.

Leave a Reply