Liverpool ‘Goyang’ Berdepan Man United Selepas Melihat Nunez Dilayangkan Kad Merah Bertemu Crystal Palace

Darwin Nunez telah ditandatangani dengan yuran perpindahan memecah rekod pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Pemain yang dianggap sebagai calon pengganti Sadio Mane itu telah mengutip kad merah pertama beliau dalam saingan Premier League ketika beliau diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool bertemu Crystal Palace.

Memandangkan Nunez terpaksa menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan, sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada persiapan skuad menjelang aksi bertemu Man United minggu hadapan.

Darwin Nunez telah melalui aksi pra-musim yang tidak konsisten bersama Liverpool dengan para peminat sendiri turut tidak begitu berani meletakkan sepenuh kepercayaan mereka kepada bekas bintang Benfica itu.

Pemain kebangsaan Uruguay itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat menakjubkan ketika beliau diturunkan dalam aksi terikat 2-2 bertemu Fulham sebelum ini.

Kecemerlangan beliau itu menyebabkan Darwin Nunez mendapat kepercayaan dari Jurgen Klopp dengan beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool bertemu Crystal Palace awal pagi tadi.

Nunez mempunyai dua kesempatan emas untuk menjaringkan gol pendahuluan pada aksi babak pertama namun sayangnya beliau gagal untuk memanfaatkan kesempatan tersebut.

Crystal Palace walau bagaimanapun berjaya untuk terlebih dahulu merobek gawang gol Liverpool pada minit ke-32 permainan menerusi Wilfried Zaha.

Walau bagaimanapun, keadaan menjadi semakin teruk untuk Liverpool selepas bekas bintang Benfica itu dilayangkan kad merah kerana menanduk muka Andersen di dalam kotak penalti Palace.

Nunez sendiri jelas sekali tidak gembira dengan keputusan pengadil perlawanan hingga menyebabkan rakan sepasukan serta pengurus beliau terpaksa menenangkan beliau.

Jurgen Klopp juga tidak gembira dengan keputusan pengadil perlawanan yang melayangkan kad merah kepada pemain penyerang beliau itu.

Pengurus dari Jerman itu telah mencuri perhatian ramai sejak sebelum sepak mula perlawanan lagi selepas beliau memilih untuk menurunkan Darwin Nunez dalam kesebelasan utamanya.

Jurgen Klopp telah ditanya tentang keputusan beliau menurunkan Darwin Nunez dalam kesebelasan utamanya oleh Sky Sport dengan beliau kemudiannya menjawab:

“Kerana kami sudah tidak ada pemain penyerang lain… Saya sangat curiga ketika kamu melihat barisan pemain, sediakan temu bual dan tanya saya soalan ini, tapi tak ada masalah.”

Memandangkan Darwin Nunez sudah dilayangkan kad merah dan akan digantung tiga perlawanan termasuk aksi bertemu Manchester United minggu hadapan, hal itu sebenarnya sedikit mengganggu perancangan Jurgen Klopp.

Manchester United pada ketika ini sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka di bawah kendalian Erik ten Hag.

Skuad The Red Devils itu telah mencatatkan dua kekalahan dari dua perlawanan pertama mereka dalam saingan Premier League termasuk ketika diaibkan oleh Brentford kemarin.

Liverpool sementara itu turut berdepan masalah hampir sama selepas mereka hanya mampu mencatatkan dua keputusan seri dari dua perlawanan pertama mereka dalam saingan Premier League.

Memikirkan ramai pemain utama terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan ditambah pula dengan Nunez tidak boleh diturunkan dalam perlawanan tersebut, ia jelas sekali akan membuat Jurgen Klopp semakin pening kepala menjelang aksi bertemu Manchester United.

Liverpool pada musim lalu terlalu mudah menjinakkan Man United, namun kali ini mungkin sedikit sukar kerana mereka sendiri sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik skuad.

Selepas berdepan dua kekalahan, sudah tentu Erik ten Hag tidak mahu lagi melihat anak buahnya keciciran mata dan terus menerus diaibkan dalam saingan Premier League.

Sukar sebenarnya untuk meramalkan siapa sebenarnya antara Manchester United atau Liverpool yang akan pulang sebagai pemenang ketika kedua-dua pasukan dipertemukan pada minggu hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN