Bernardo Silva Pertikai Mengapa Pemain Liverpool Lebih Ramai Dalam Senarai PFA

Pemain midfield Manchester City, Bernardo Silva tampil mempertikaikan tentang penilaian daripada Professional Footballers Association berkait pemilihan Premier League Team of The Year musim lalu.

City berjaya menjuarai saingan Premier League musim lalu selepas menewaskan Liverpool dengan perbezaan satu mata pada hari terakhir sebelum berakhirnya saingan musim lalu.

Walaupun skuad kendalian Pep Guardiola itu berjaya muncul sebagai juara, namun tidak ramai pemain mereka yang disenaraikan dalam senarai Premier League Team of The Year.

Hanya tiga pemain dari skuad Man City yang tersenarai dalam senarai tersebut, sementara Liverpool memiliki enam pemain yang berada dalam senarai Premier League Team Of The Year.

Silva merupakan salah seorang dari trio Man City bersama Kevin De Bruyne dan Joao Cancelo yang tersenarai dalam senarai tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau dengan terbuka menyatakan yang ada beberapa lagi rakan sepasukannya yang sepatutnya berhak untuk berada dalam senarai tersebut tetapi tidak disenaraikan.

Bercakap kepada ESPN, Bernardo Silva mendedahkan bahawa:

“Melihat kepada Premier League Team Of The Year setiap tahun, sepertinya kami tak pernah memiliki ramai pemain.”

“Pengurus kami tak memenangi pengurus terbaik, pemain kami tak memenangi pemain terbaik, tapi kami masih memenangi empat gelaran Premier League dalam tempoh lima tahun ini. Ia seolah-olah tak masuk akal.”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola juga turut gagal untuk memenangi anugerah pengurus terbaik tahunan yang dimenangi oleh Jurgen Klopp pada musim lalu.

Mohamed Salah merupakan pemain terbaik tahunan pada musim lalu selepas kejayaan beliau menjaringkan 23 gol dengan beliau turut memenangi anugerah kasut emas bersama Son Heung-min.

Pemain sayap The Citizens, Phil Foden telah dinamakan sebagai pemain muda terbaik pada tahun lalu, namun sayangnya beliau tidak tersenarai dalam senarai Premier League Team of The Year.

Silva berjaya untuk masuk ke senarai tersebut buat kali kedua sepanjang kariernya dalam saingan Premier League selepas beliau melakukan hal sama pada musim 2018/19 yang lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu telah dikaitkan dengan bakal meninggalkan Etihad pada musim panas ini dengan Barcelona dikatakan sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, Bernardo Silva masih lagi pemain Manchester City dan Barcelona masih belum mampu untuk menandatangani beliau dari The Citizens.

Leave a Reply