Liverpool Gagal Manfaat Kelebihan Di Tempat Sendir

Liverpool seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas gagal untuk menang perlawanan yang dikuasai oleh mereka dengan pasukan Everton beraksi di bawah par.

Jurgen Klopp merehatkan Phillipe Coutinho dan Roberto Firmino dalam perlawanan ini selepas aksi cemerlang 2 pemain tersebut ketika menentang Spartak Moscow.

The Reds di hadapan menerusi penggempur berbisa mereka, Mohamed Salah sebelum rehat separuh masa pertama. Ia adalah gol ke-19 untuk Mohamed Salah bersama-sama dengan Liverpool musim ini.

Satu pencapaian yang agak luar biasa untuk pemain dari Mesir ini. Tidak hairanlah beliau adalah pemain kesayangan di Anfield.

Everton bermain dengan corak bertahan dan berada di kawasan sendiri dalam sepanjang perlawanan. Liverpool cuba menyerang dengan unit pemain yang ramai.

Tetapi Liverpool gagal untuk menyudahkan peluang yang mereka cipta. Pada minit ke-77, Wayne Rooney menjaringkan gol dari titik penalti.

Ianya berpunca daripada Sadio Mane yang agak tamak dan tidak menghantar bola kepada rakan membuatkan Liverpool hilang bola dan melepaskan penalti kepada pihak lawan.

https://twitter.com/Sporf/status/939889956390162433

Jurgen Klopp ternyata marah dengan keputusan pengadil selepas beliau merasakan Calvert Lewin jatuh terlalu mudah. Danny Ings kembali beraksi selepas berehat panjang sejak Mei 2016.

Keputusan ini membuatkan Liverpool gagal untuk memintas Chelsea di tempat ke-3. Liverpool kekal di tangga ke-4 selepas Arsenal turut keciciran mata di St. Mary.

Sementara itu, Sam Allardyce masih belum lagi kalah sejak mengambil alih pasukan Everton.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN