Giroud Jadi Penyelamat Arsenal Sekali Lagi

Olivier Giroud kini sudah menjaringkan 17 gol sebagai pemain simpanan di EPL. Rekod yang sama dengan Ole Gunnar Solksjaer.

Giroud juga sudah menjaringkan 10 gol lewat, daripada minit ke-80 dan ke atas pada tahun 2017.

Arsenal bermula dengan agak buruk apabila Per Mertesacker melakukan ‘clearance’ lemah yang dirampas oleh pemain lawan. Charlie Austine menyudahkan peluang pada minit ke-3.

Oriol Romeu hampir meletakkan pasukan tuan rumah 2 gol di hadapan, tetapi percubaan beliau terkena palang gol. Giroud masuk pada minit ke-72, menggantikan Alexandre Lacazette.

Beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal dengan satu ‘flick header’ menarik selepas menerima hantaran daripada Alexis Sanchez.

https://twitter.com/DammitArsenalx/status/939855155683516416

Keputusan ini kembali meletakkan Arsenal di atas Spurs dalam carta liga meskipun sama mata, 29 mata.

Secara logiknya, keputusan seri dengan Arsenal adalah keputusan yang baik. Tetapi Southampton pasti kecewa kerana gagal untuk menang perlawanan ini.

Mereka melepaskan gol lewat. Selain daripada percubaan Romeu yang terkena palang, Ryan Betrand juag mensia-siakan peluang terbaik dalam perlawanan ini.

Penyokong Arsenal pastinya lega dengan adanya pemain seperti Giroud di dalam pasukan mereka yang mampu menjadi plan B yang berkesan.

Rekod di tempat lawan pasukan Arsenal terus menghantui mereka musim ini. Daripada 18 perlawanan di tempat lawan, mereka hanya menang 6 kali, seri 3 kali dan kalah 9 kali. 27 gol dijaringkan dan 32 bolos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN