Liverpool Sedia ‘Serang’ Southampton Lagi, Kali Ini Cuba Dapatkan Dusan Tadic

Selepas gagal dapatkan Virgil Van Dijk, Liverpool sekali lagi cuba untuk menerjah Southampton dengan mendapatkan pemain di bahagian serangan mereka iaitu Dusan Tadic.

Menurut sumber dari England, Tadic dikatakan tidak gembira dengan jumlah minit permainan yang diperoleh beliau ketika beraksi musim ini.

Beliau sudah bermain sebanyak 45 kali musim ini cumanya apa yang membuatkan beliau tidak senang adalah kerapnya beliau ditukarkan oleh pengurus Claude Puel.

Apa yang menarik perhatian Liverpool adalah klausa perlepasan dalam kontrak Tadic yang hanya serendah £13 juta sahaja.

Satu harga yang cukup rendah bagi standard Premier League bukan?

Namun begitu, Liverpool turut mengalami saingan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Menurut laman perjudiaan Ladbrokes, beberapa kelab lain turut mahukan khidmat beliau.

Pencabar terdekat Liverpool adalah jiran mereka iaitu Everton sambil dicabar Manchester City dan Manchester United.

Selain itu, Arsenal dan Internazionale turut berminat dapatkan beliau.

Berikut adalah senarai ramalan kelab yang akan berjaya dapatkan Tadic menurut Ladbrokes:

  • Liverpool (7/4) – calon pilihan
  • Everton (4/1)
  • Manchester City (6/1)
  • Manchester United (8/1)
  • Arsenal (10/1)
  • Internazionale (10/1)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN