England B-20 Juara Dunia! Menang 1-0 Ke Atas Venezuela Di Final

Gol tunggal Calvert Lewin pada minit ke-35 memastikan England menang ke atas Venezuela. Ia sekaligus menjulang trofi Piala Dunia Bawah-20 semalam.

Ini merupakan kejuaraan sulung untuk negara pengasas bola sepak moden itu dalam saingan Piala Dunia Bawah-20. Kedudukan terbaik mereka ialah pada 2011 apabila mereka menduduki tangga ke-4 kejohanan

Pemain senior England meraikan kemenangan pasukan junior mereka. Dipercayai rakaman ini dibuat di kem latihan mereka di St. George Park di Burton.

Venezuela berpuas hati di tempat kedua. Ia adalah kedudukan tertinggi dalam sejarah bola sepak B-20 mereka.

Venezuela mara ke final pertama kali dalam sejarah mereka. Menjadi pasukan yang paling mendapat perhatian dalam kejohanan kali ini.

Itali julang tempat ketiga

Itali menjulang posisi ketiga edisi kali ini apabila mereka menewaskan Uruguay dalam saingan penentuan tempat ketiga. Mereka menewaskan Uruguay dengan skor penalti 4-1.

Penjaga gol Itali, Alessandro Plizzari menjadi hero pasukannya apabila beliau menyelamatkan dua sepakan penalti Uruguay.

Perlawanan tersebut terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Ini disebabkan kedua-dua pasukan gagal memecahkan ketandusan gol dalam masa sebenar. Ia juga berlaku dalam masa tambahan.

Riccardo Orsolini meraih Golden Boot

Pemain Itali tersebut telah menjaringkan 5 gol sepanjang kejohanan berlangsung. Silver Boot pula dianugerahkan kepada Joshua Sargent dari Ameria Syarikat kerana menjaringkan 4 gol dan assist.

Pemain Perancis, Jean-Kevin Augustin pula dinobatkan anugerah Bronze Boot kerana menjaringkan 4 gol.

Dominic Solanke (England) dan Federico Valverde (Uruguay) masing-masing menerima anugerah Golden Ball dan Silver Ball.

Venezuela pula boleh berbangga kerana pemain mereka, Yangel Herrera mendapat anugerah Bronze Ball.

Freddie Woodman dari England dianugerahkan Golden Glove. Manakalah FIFA Fair Play Award diberikan kepada Mexico.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN