Selepas gagal dapatkan Virgil Van Dijk, Liverpool sekali lagi cuba untuk menerjah Southampton dengan mendapatkan pemain di bahagian serangan mereka iaitu Dusan Tadic.
Menurut sumber dari England, Tadic dikatakan tidak gembira dengan jumlah minit permainan yang diperoleh beliau ketika beraksi musim ini.
Beliau sudah bermain sebanyak 45 kali musim ini cumanya apa yang membuatkan beliau tidak senang adalah kerapnya beliau ditukarkan oleh pengurus Claude Puel.
Apa yang menarik perhatian Liverpool adalah klausa perlepasan dalam kontrak Tadic yang hanya serendah £13 juta sahaja.
Satu harga yang cukup rendah bagi standard Premier League bukan?
Namun begitu, Liverpool turut mengalami saingan untuk mendapatkan pemain tersebut.
Menurut laman perjudiaan Ladbrokes, beberapa kelab lain turut mahukan khidmat beliau.
Pencabar terdekat Liverpool adalah jiran mereka iaitu Everton sambil dicabar Manchester City dan Manchester United.
Selain itu, Arsenal dan Internazionale turut berminat dapatkan beliau.
Berikut adalah senarai ramalan kelab yang akan berjaya dapatkan Tadic menurut Ladbrokes:
- Liverpool (7/4) – calon pilihan
- Everton (4/1)
- Manchester City (6/1)
- Manchester United (8/1)
- Arsenal (10/1)
- Internazionale (10/1)