Pemain pertahanan RB Leipzig Dayot Upamecano dilaporkan akan menyertai Bayern Munich pada musim panas akan datang selepas kelab gergasi Jerman tersebut bersetuju untuk mengaktifkan klausa pelepasan bernilai €42.5 di dalam kontraknya.
Pemain berusia 22 tahun tersebut sebelum ini turut diburu oleh beberapa kelab Eropah lain seperti Liverpool dan Chelsea, tetapi pengarah sukan Bayern Hasan Salihamidzic telah mengesahkan pihaknya telah berjaya menyelesaikan rundingan dengan pemain itu.
Berikut adalah lima perkara daripada perpindahan Upamecano.
1. Selesa di Jerman
Musim ini merupakan tahun keempat pemain berusia 22 tahun ini beraksi di pentas Bundesliga selepas tiba di Red Bull Arena dari RB Salzburg pada Januari 2017 dengan yuran sekitar €10 juta.
Dalam tempoh itu Upamecano telah membuktikan reputasinya selaku salah seorang pemain pertahanan terbaik bukan hanya di Jerman tetapi juga di Eropah. Bagaimanapun beliau tentunya lebih berkeyakinan untuk mengembangkan kariernya di pentas yang sama berbanding liga-liga lain.
Dayot Upamecano has decided to join Bayern Munich, according to RMC 👀
Man Utd, Man City, Liverpool and Chelsea had all been linked.
Right choice? 🤔 pic.twitter.com/bd5uIEt1ZK
— GOAL (@goal) February 12, 2021
Mengambil pengajaran daripada kegagalan beberapa pemain ternama untuk menyesuaikan diri di liga berbeza terutamanya Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mempunyai tekanan dan gaya permainan yang berbeza, maka sudah tentu ia telah mempengaruhi keputusan Upamecano.
2. Menjanjikan trofi
Bayern Munich baru sahaja mencatat rekod mememenangi trofi keenam mereka dalam tempoh lapan bulan selepas menjulang Piala Kelab Dunia FIFA dengan menewaskan kelab Mexico Mexico Tigres UANL dalam perlawanan akhir di Qatar tempoh hari
Berbanding Liverpool dan Chelsea yang bergelut pada musim ini, tiada keperluan untuk mengkaji statistik atau sebagainya bagi membuktikan The Bavarians adalah pilihan terbaik buat Upamecano jika mahu merasai nikmat mengumpul kejuaraan dalam kariernya.
Sistem pembangunan pemain muda di Bayern Munich yang boleh dilihat pada Alphonso Davies dan Jamal Musiala juga menjadi salah satu faktor utama yang meyakinkannya bahawa beliau menuju ke kelab yang betul.
Bayern Munich become just the second team ever to hold all six trophies at the same time!👏
✅ FIFA Club World Cup
✅ Bundesliga
✅ Champions League
✅ UEFA Super Cup
✅ DFB Pokal
✅ German Super CupAbsolutely incredible 🙌 pic.twitter.com/CwngwwT6U0
— talkSPORT (@talkSPORT) February 11, 2021
3. Minit Permainan
Upamecano merupakan pilihan utama Julian Nagelsmann untuk mengemudi barisan pertahanan Leipzig di mana beliau diturunkan dalam hampir keseluruhan perlawanan Leipzig pada musim lepas dengan mengumpul 3,177 minit.
Catatan itu sudah cukup untuk meletakkan Upamecano sebagai calon tonggak pertahanan utama Bayern Munich pada musim hadapan.
Dua pemain pertahanan Bayern David Alaba dan Jerome Boateng kedua-duanya kini di penghujung kontrak mereka dan sedang menghitung hari-hari terakhir mereka di Allianz Arena.
Spekulasi mengatakan Alaba telah pun memeterai pra-kontrak dengan Real Madrid sementara Alaba pula dijangka menuju ke Stamford Bridge untuk bersama Thomas Tuchel di Chelsea.
4. Perancangan jangka panjang
Keadaan tersebut menunjukkan Hansi Flick mempunyai perancangan untuk membentuk gandingan baharu yang lebih segar di bahagian benteng pertahanan pasukannya bermula musim hadapan.
https://twitter.com/CFChaych/status/1360426841966845955?s=20
Niklas Sule yang berusia 25 tahun merupakan pilihan utama untuk dipasangkan bersama Upamecano sambil dibantu oleh pertahanan muda Perancis Tanguy Nianzou sebagai sandaran. Selain itu Lucas Hernandez dan Benjamin Pavard juga boleh beraksi di posisi tersebut.
5. Sertai Keluarga Perancis
Bayern Munich tidak asing buat pemain dari Perancis. Ketika ini pasukan tersebut telah pun mengumpul pemain-pemain dari negara Juara Dunia 2018 berkenaan. Antaranya Kingsley Coman, Corentin Tolisso, Benjamin Pavard, Bouna Sarr, Hernandez, Nianzou dan Michael Cuisance (dipinjamkan ke Marseille).
Malah beberapa orang legenda kelab tersebut juga merupakan warga Perancis seperti Frank Ribery, Willy Sagnol dan Bixante Lizarazu. Situasi itu tentulah memudahkan Upamecano untuk menyesuaikan diri di ‘rumah’ baharunya itu.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Dayot Upamecano dan Bayern Munich:
Ferdinand Puji Aksi Seorang Pemain United Yang Sekolahkan Upamecano
4 Perkara Mengenai Kejuaraan Dunia Bayern Munich & Penganjuran CWC 2020