Liverpool dikhabarkan sudah pun menghubungi kelab yang berpangkalan di Portugal iaitu Benfica untuk melihat potensi mereka bagi menandatangani salah seorang pemain tengah pasukan tersebut.
Sebelum itu, Liverpool juga pernah menjalinkan hubungan kerjasama bersama kelab berkenaan, apabila mereka membawa masuk Darwin Nunez pada awal musim untuk memperkukuhkan jentera serangan.
Darwin Nunez and Fabio Carvalho are both set to be named on our teamsheet for today’s pre-season encounter with Manchester United, Jürgen Klopp has confirmed.#LFCPreSeason
— Liverpool FC (@LFC) July 12, 2022
Selain Nunez, Liverpool juga turut menandatangani tiga lagi pemain lain dalam usaha untuk memburu kejuaraan liga serta dan persaingan UEFA Champions League (UCL) iaitu Arthur Melo, Calvin Ramsay, dan Fabio Carvalho.
Namun, kelab tersebut masih lagi gagal untuk memberi persembahan yang konsisten setelah kini masih lagi ketinggalan agak jauh berbanding pendahulu carta liga.
Namun kemenangan mereka ketika mengatasi Manchester City baru-baru ini dilihat berjaya meningkatkan moral pasukan tersebut untuk tampil kebih baik pada siri perlawanan akan datang.
Ketika ini, mereka berada di tangga kelapan carta liga dengan 13 mata dikumpul hasil tiga kemenangan diraih bersama empat keputusan seri.
Are you happy with your team's season so far? 🤔 pic.twitter.com/VphtBGkIVM
— Premier League (@premierleague) October 17, 2022
Segelintir penyokong kini masih lagi menyuarakan kebimbangan mereka mengenai prestasi semasa Liverpool dan percaya pasukan tersebut memerlukan sesuatu yang baharu dalam senarai pemain.
Untuk itu, Liverpool telah pun memantau beberapa pemain baharu dengan lebih berfokuskan di posisi tengah mereka yang kini agak tidak stabil.
Menurut Sport Bible, Liverpool telah pun menghubungi wakil Benfica untuk membincangkan mengenai pemain tengah kelab tersebut iaitu Florentino Luis yang juga merupakan bekas rakan sepasukan Darwin Nunez.
Pemain tengah Portugal itu dikhabarkan sudah pun menandatangani kontrak bersama Benfica sebelum itu dengan tempoh masa sehingga tahun 2027.
Walaupun begitu, Liverpool masih lagi berpeluang mendapatkan khidmatnya apabila ada klausa perpindahan turut disertakan bersama pemain itu dengan nilai sebanyak £104 juta.
Pemain berusia 23 tahun itu meninggalkan impak yang sangat positif musim lalu dengan membuat 30 penampilan bersama skuad senior serta menghabiskan musim 2020/2021 sebagai status pinjaman untuk mewakili Monaco.
Laporan juga menyatakan Liverpool turut menyasarkan rakan Florentino yang juga beraksi bersama Benfica ketika ini iaitu Enzo Fernandes.
Pemain dari Argentina itu menyertai Benfica pada musim ini setelah beraksi dengan cemerlang sebelum itu bersama River Plate.
Our midfield badly need a revamp, drop two names that you want to bring to the Bridge, I start :
– Enzo Fernandez
– Caicedo / Florentino Luis pic.twitter.com/z8WkwPz2Q4— Mido 🇮🇹 🇲🇦 (@cfc_mido) October 17, 2022
Dengan usia semuda 21 tahun, pemain ini dilihat bakal mencipta masa depan baik bersama Liverpool sekiranya perkara tersebut berlaku dengan reputasi yang sangat positif.
Menerusi dua pemain tersebut, para penyokong Liverpool pastinya berharap jika salah seorang daripada mereka mampu menyertai pasukan ini dengan tempoh yang panjang.