Dollah Salleh Buktikan Sentuhan Magisnya Akan Sentiasa Selamatkan Sri Pahang

Dollah Salleh

Di awal musim, Sri Pahang antara calon yang dikatakan bakal memberi saingan untuk merebut juara liga namun apa yang terjadi sebaliknya apabila baru pusingan pertama, prestasi yang tidak konsisten telah menyebabkan Tok Gajah terperosok di kedudukan kesebelas Liga Super.

Biar pun mendapat sentuhan dari pengendali Perancis, Christophe Gamel ternyata ia gagal memberi sesuatu elemen kejutan kepada pasukan tersebut.

Baru 11 perlawanan, Gamel hanya mampu mencatat dua kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan. Ia bersamaan dengan lapan mata sahaja.

Akhirnya pihak pengurusan Sri Pahang dan Gamel mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik dan seperti biasa, calon paling sesuai tidak lain tidak bukan adalah Dato’ Dollah Salleh.

Dollah menjawat jurulatih sementara bagi meneruskan baki saingan liga dan saingan Piala Malaysia sebelum menyerah jawatan itu kepada jurulatih baharu musim depan.

Pihak pengurusan juga melantik seorang lagi bekas pemain mereka, Fandi Ahmad sebagai penasihat teknikal untuk membantu Dollah agar pasukan yang pernah mencipta fenomena ini kembali digeruni.

Ternyata perubahan yang dilakukan ini membawa ke arah lebih baik buat Tok Gajah dan mereka berjaya mendaki satu per satu anak tangga untuk mengakhiri liga ditangga ke-8.

Jika kita lihat secara kasar, mereka sekadar mendaki beberapa anak tangga tetapi jika kita lihat secara mendalam, ia satu perubahan yang drastik.

Bayangkan, di pusingan pertama tidak sampai 10 mata mereka peroleh dan di pusingan kedua, dengan jumlah perlawanan yang sama, pengendali berusia 58 tahun ini membuktikan pihak pengurusan melantik orang yang tepat.

Beliau membawa Sri Pahang kembali meraih kemenangan demi kemenangan sehingga mengumpul 20 mata dan berjaya mencatat kemenangan ke atas pasukan lebih kuat daripada mereka.

Biar pun baru mengambil alih pasukan, ramuan yang dibentuk antara Dollah dan Fandi begitu menjadi dan Sri Pahang telah mencatat enam kemenangan, dua seri dan dua kekalahan daripada 11 perlawanan.

Malahan sentuhan magis dua nama besar ini ke atas skuad Tok Gajah telah membantu gaya permainan Sri Pahang lebih tersusun ketika bertahan dan menyerang.

Mereka begitu garang terutama melalui gerakan lincah Manuel Hidalgo.

Satu lagi perkara menarik adalah enam kemenangan yang dicatat itu kesemuanya terhasil dua jaringan dan ke atas.

Ini jelas menunjukkan para pemain dapat menerima taktikal yang dibawa oleh Dollah. Apakah beliau sahaja yang kenal pemain dan ada resepi terbaik untuk pasukan dari Pantai Timur itu?

Saingan Piala Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi dan tugas getir menanti jurulatih sementara itu apabila bakal bertemu dengan naib juara Liga Super – Terengganu.

Adakah sentuhan berbisa Dollah bersama Fandi akan memberi memberi kejutan ke atas skuad Sang Penyu atau perjalanan mereka akan terhenti lebih awal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN