Musim ini, Liverpool begitu cemerlang dalam saingan domestik terutamanya di Premier League.
Dengan hanya sekali sahaja seri tanpa sebarang kekalahan, Liverpool kini sudah mula diangkat sebagai pemenang hakiki bagi saingan Premier League musim ini.
Malah, mereka jjuga sudah mula disebut-sebut bakal memecahkan rekod tanpa kalah Arsenal dalam saingan Premier League yang menyaksikan pasukan London itu diangkat sebagai The Invincibles pada musim 2003/2004.
Bagi alumni skuad tersebut iaitu Robert Pires, beliau tidak berasakan prestasi semasa Liverpool yang dianggap cemerlang itu bukanlah sesuatu yang istimewa.
Bahkan, beliau berasakan skuad Arsenal yang diwakili beliau adalah lebih mengagumkan berbanding pasukan Jurgen Klopp.
“Secara teknikalnya, Premier League sudah merudum sedikit. Pasukan-pasukan seperti Manchester United, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Arsenal mereka tidak sekuat beberapa tahun yang lepas.”
“Hanya Manchester City sahaja boleh menyaingi mereka,” kata Pires menerusi sumber TalkSport.
Tambah Pires lagi, beliau berasakan yang pasukannya lebih hebat kerana mereka merangkul liga tanpa kalah sewaktu sebelum wujudnya Video Assistant Referee atau VAR.
“Ketika itu tiada kamera, tiada Video Assistant Referee. Bila pemain hendak bermain kasar, mereka akan lakukan saja.”
“Paling penting, jika anda bermain di tempat lawan seperti Blackburn Rovers, Leeds United, Bolton Wanderers, kita yang perlu bermain cara mereka bukannya mereka ikut cara kita.”
Sungguh pun begitu, Pires tidak menolak kemungkinan Liverpool akan berjaya juga untuk memenagi liga musim ini dengan rekod tanpa kalah.