RASMI: Persija Jakarta Ikat Bekas Pertahanan Juventus

Pasukan Indonesia, Persija Jakarta secara rasminya telah mendapatkan khidmat bekas pemain Juventus dan juga AS Roma iaitu Marco Motta untuk memperkuatkan barisan pertahanan mereka.

Beliau berusia 33 tahun itu merupakan pemain pertahanan kanan jika mengikut posisi semula jadinya.

Namun begitu ,, Motta juga boleh beraksi dia dua lagi posisi pertahanan iaitu di bahagian tengah dan juga kiri.

Persija Jakarta mengikat beliau dengan kontrak jangka panjang selama empat tahun untuk membantu pasukan bandar utama Indonesia itu terus mencabar di saingan domestik.

Dalam temuramah bersama media pasukan, Motta mengatakan yang beliau cukup teruja untuk bermain dengan pasukan yang berpengkalan di mantan ibu negara Indonesia itu.

“Sebelum ini saya pernah ke Jakarta pada 2014 tetapi hanya untuk menyertai perlawanan. Jadi saya tidak dapat meneroka bandar ini dengan lebih lagi.”

“Namun kini saya melihat banda ini cukup hebat dengan pelbagai perkara menarik di dalamnya.”

Motta merupakan sebahagian daripada skuad Juventus yang menjulang Serie A pada musim 2013/2014.

Selain AS Roma, beliau juga pernah bermain di beberapa kelab seperti Udinese, Genoa, Catania, Bolonga, Charlton Athletic dan beberapa kelab lain.

Leave a Reply