Liridon Krasniqi: Steinbruckner Bina Terengganu Baharu Disekelilingnya?

Liridon Krasniqi Terengganu yang baharu Tomislav

Adakah kemasukkan Liridon Krasniqi ke Terengganu FC merupakan satu keperluan untuk Tomislav Steinbruckner membina skuad berwajah baharu?

Kita tahu, Terengganu dibawah Nafuzi Zain sangat ampuh dengan sistem permainan ‘Nafuziball’ yang sentiasa menjadi tumpuan setiap perlawanan.

Jadi, apabila pengendali tersebut meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Kedah Darul Aman FC, mereka dijangka akan menggunakan sistem baharu.

Namun, peralihan ini dijangka bakal mengambil masa dan Steinbruckner tentunya perlu memahami masalah pasukan yang akan dibentuknya nanti. Namun, beliau sudah berada bersama Nafuzi dan arif dengan sistem yang diketengahkan pengendali kelahiran Kelantan itu bersama Terengganu.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Teknikal Sang Penyu sejak Mac 2022.

Mereka baru sahaja menamatkan jelajah pramusim di Bangkok dan telah beraksi dalam empat perlawanan sepanjang seminggu lebih di sana.

Mereka tewas 0-2 kepada Odense Boldklub, menang 2-0 ke atas Bangkok FC dan terikat 1-1 saat meentang Rajpracha FC. Malam tadi mereka menang tipis 1-0 ke atas kelab ternama Thai League 1, Chonburi FC.

Dalam empat aksi sebelum terbang ke Bangkok, Steinbruckner nampaknya sudah mengenal pasti masalah besar pasukannya untuk diperbaikinya.

Sebelum ini beliau dilihat menyatakan masalah ketumpulan penyerangnya yang gagal memanfaatkan peluang terhidang dan itu meresahkannya.

Hanya empat gol berjaya dihasilkan di jelajah pramusim di Bangkok dan tiga jaringan gol ketika aksi persahabatan di Malaysia, sebelum ke Thailand.

Kita juga agak sukar untuk menjaringkan gol dan ini adalah masa yang tepat untuk kita terus memastikan kekurangan ini dapat kita terus perbaiki dan saya sangat percaya dengan kualiti yang pemain saya ada,” ungkapnya.

Dalam pada masa yang sama, beliau memuji aksi kental pertahanannya.

Empat aksi berlangsung dengan mereka buntu meledak gol dalam dua aksi berdepan pasukan ternama, KL City FC dan Negeri Sembilan FC.

Berikut merupakan keputusan perlawanan persahabatan di Malaysia:

Kelantan United 1-2 Terengganu
Terengganu 1-1 Kelantan United
KL City 0-0 Terengganu
Terengganu 0-0 Negeri Sembilan

Begitupun, mungkinkah masalah utama mereka bukanlah di posisi serangan? Ini berdasarkan komen terbaharunya kepada Astro Arena.

Apa yang saya dapat lihat, pasukan kami kekurangan seorang pemain tengah menyerang yang boleh mencipta lebih bahaya dan peluang di depan gawang lawan, yang boleh membuat hantaran terakhir buat penyerang dan pemain sayap kami, juga menjaringkan gol,” ungkapnya ketika ditanya.

Saya fikir Liridon mampu mengisi kekurangan pasukan berdasarkan elemen yang dimahukan,” tegasnya tentang pemain tengah naturalisasi negara itu.

Adakah ini petanda yang Liridon akan memainkan peranan penting kepada posisi tengah Sang Penyu untuk saingan Liga Malaysia 2023? Arkitek?

Kita ketepikan dahulu sentimen di mana Liridon sudah hilang sentuhan. Mungkin faktor kurang minit permainan menjadikan aksinya sebegitu.

Liridon yang kita kenal sebelum ini menghidangkan permainan yang sangat mengujakan. Beliau boleh menggelecek, memiliki skil yang baik, mengawal tempo permainan dan mengekalkan bola di kaki dengan baik. Tidak ramai pemain tengah ‘box-to-box’ di Malaysia memiliki keupayaan sepertinya.

Beliau juga gemarkan permainan yang bervisi tinggi di dalam padang.

Selain mencipta gol, beliau boleh menjaringkan gol daripada pelbagai disiplin. Dalam erti kata lain seperti tipikal ‘all-rounder midfielder’.

Pemain kelahiran Yugoslavia itu diketahui memiliki ‘individual brilliance’ ketika bersama Kedah di mana beliau mampu memperbaiki kelemahan fasa menyerang dilakukan dengan menjadi titik penyambung dua posisi.

Anda boleh nampak perkaitan dengan ‘permintaan’ Steinbruckner yang menepati kemampuan Liridon yang kita pernah kenal satu masa dahulu.

Malah, beliau kini sudah berkelana ke beberapa liga di Asia antaranya Thai League, A-League (Australia) dan Odisha FC (Indian Super League).

Apa yang perlu dikurangkan oleh Liridon nanti adalah tidak terlalu ‘overplay’.

Dengan hanya Habib Haroon yang dikekalkan, jentera tengah mereka memerlukan pemain yang sudah biasa mengemudi di Liga Malaysia dan beliau boleh menyediakan tapaknya. Terengganu yang baharu mungkin akan dibina disekeliling kemampuan dan keupayaan Liridon dan Habib.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN