Liridon Krasniqi Menghargai Jurulatihnya Dengan Mencium Kaki

Tindakan pemain import Kedah, Liridon Krasniqi yang mencium kaki jurulatihnya, Azzmi Abd Azmi selepas menjaringkan gol ketiga ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman semalam telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don berjaya membantu Kedah menjaringkan satu gol untuk mengatasi JDT 3-1 sekaligus melonjakkan pasukan ke kedudukan kedua Kumpulan C Piala Malaysia 2018 dengan lapan mata selepas lima perlawanan.

Bercakap kepada Sinar Harian, Azzmi menjelaskan tindakan Mat Don itu dilakukan secara spontan kerana beliau sangat gembira menjaringkan gol kemenangan skuad Helang Merah di minit akhir.

“Saya tidak terfikirpun Mat Don akan buat macam itu. Tindakan itu spontan. Mungkin beliau hargai saya selepas ambil alih tugas melatih pasukan ini.

“Mungkin komunikasi yang baik buat dia selesa bekerja dengan saya. Saya selalu bercakap dan menyampaikan apa yang saya rasa betul tentang bolasepak ini kepada semua pemain dan syukur mereka semua boleh menerima pandangan saya. Saya masih baru dalam bidang kejurulatihan ini,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

Azzmi berkata, beliau kerap berkomunikasi dengan semua pemain dari semasa ke semasa terutamanya mereka yang masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan.

Jelasnya, semua pemain turut memberi sokongan penuh kepada beliau baik semasa waktu latihan dan juga pada perlawanan sebenar selain tidak membezakan mana-mana pemain.

“Semua pemain adalah sama. pada saya suasana yang harmoni dalam pasukan adalah sangat penting. Perkara ini yang saya sangat utamakan. Kita mesti hargai setiap usaha pemain dan apabila anda bekerja pasti mendapat hasil yang baik,” katanya.

Walaubagaimanapun slot ke suku akhir masih belum terjamin kerana Kedah perlu memburu kemenangan bagi aksi akhir Kumpulan C bertemu Kelantan pada 16 September di Kota Bharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN