Bintang Kedah yang sememangnya popular iaitu Liridon Krasniqi kini telah memiliki lesen memandu Malaysia beliau sendiri menurut sumber Arena Harimau Malaysia.
Beliau yang selesa dengan panggilan Mat Don ini telah berjaya memiliki lesen memandu beliau sendiri untuk memudahkan beliau bergerak ketika berada di Malaysia.
Lesen ‘L’
Liridon kini sudah punya lesen memandu beliau sendiri, dan kini lesen beliau berada di kelas ‘L’ setakat ini.
Siapa yang mempunyai lesen memandu pasti tahu akan had bagi pemilik lesen memandu L iaitu pemilik lesen memandu L hanya mampu membawa kereta dengan pengawasan guru memandu sahaja.
Nampaknya boleh kita katakan yang beliau kini sudah berada dalam proses untuk mendapatkan lesen penuh beliau ketika ini.
Untuk pengetahuan anda, lesen memandu Malaysia boleh digunakan secara sah di kebanyakan negara di dunia ini tanpa sebarang masalah.
Kami memuji tindakan Liridon mengambil lesen memandu di negara kita ini sebagai langkah proaktif untuk menjadi pengguna jalan raya yang baik.
Dengan pengambilan lesen memandu ini juga membuatkan kami terfikir, adakah Liridon mahu memperoleh karier yang panjang di negara kita bersama Kedah?
Terkini: Menurut sumber kami, Liridon kini sudah pun lulus ujian memandu dan kini tidak lagi memegang lesen memandu L.
Baca juga: Ong Kim Swee Mahu Menang Demi Ranking, Perjelas Kriteria Pemilihan Pemain