Lionel Scaloni Mahu Berikan Passport Argentina Kepada Bintang Barcelona Ini

Pengurus skuad kebangsaan Argentina, Lionel Scaloni mendedahkan yang beliau berminat mahu memberikan passport Argentina kepada Pedri agar bintang Barcelona itu boleh beraksi untuk skuadnya.

Scaloni berminat mahu membawa Pedri untuk beraksi bersama Juara Piala Dunia itu andai beliau diberi kesempatan untuk melakukan hal tersebut.

Lionel Scaloni sepertinya masih meraikan kejayaan beliau memimpin skuad kebangsaan Argentina untuk menjuarai saingan Piala Dunia di Qatar baru-baru ini.

Skuad kendalian beliau itu sah bergelar juara dunia selepas kejayaan mereka menewaskan Perancis di pentas perlawanan akhir menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Sepanjang kejohanan yang dilangsungkan di Qatar itu, rata-rata pemain Argentina cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain seperti Emi Martinez, Lionel Messi, Enzo Fernandes dan Alexis Mac Allister antara yang paling menyerlah dalam membantu Argentina untuk bergelar juara.

Dalam satu temu bual bersama El Partidazo de COPE, Scaloni telah diminta untuk memilih antara dua bintang Barcelona Pedri dan Pablo Gavi siapa yang mahu beliau bawa beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina.

Pengurus skuad kebangsaan Argentina itu tanpa berfikir panjang terus memilih Pedri sebagai pemain pilihan beliau untuk dibawa beraksi bersama skuadnya.

Beliau bahkan turut berhasrat mahu memberikan passport Argentina kepada Pedri andai diberi kesempatan.

“Saya akan berikan passport Argentina kepada Pedri. Saya tak tahu sama ada dia akan diturunkan sebagai pemula atau tidak, tapi saya akan tetap memilih dia.”

Pemenang anugerah Golden Boy pada tahun lalu itu merupakan antara nadi penting skuad Barcelona pada musim ini dan harus diakui beliau kerap mempamerkan aksi persembahan yang dahsyat ketika beraksi.

Scaloni turut menyatakan yang Barcelona mempunyai kesempatan untuk menjuarai saingan La Liga musim ini andai Pedri dan rakan sepasukannya konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka.

“Barcelona merupakan pasukan yang bagus, mereka cemerlang dalam pasaran pemain dan mereka berpotensi untuk menjuarai saingan La Liga.”

Tambah Scaloni lagi.

Pengurus berusia 44 tahun itu juga turut bercakap tentang aksi perlawanan akhir Piala Dunia dengan beliau mendedahkan bahawa:

“Piala Dunia umpama wayang dan sebuah perjalanan yang menakjubkan. Kunci kepada perjalanan itu adalah kita perlu nikmatinya walau kita tahu ia sangat sukar dan sesiapa sahaja berpotensi untuk muncul juara.”

“Sehingga minit ke-80 ia merupakan perlawanan yang dasyat tapi selepas itu semuanya berubah. Saya masih terkenang dan perlawanan itu masih bermain difikiran saya. Agak merugikan kerana kami tak dapat habiskan perlawanan selepas 90 minit dan agak menarik untuk melihat Perancis menjaringkan gol di minit akhir tambahan masa.”

“Team talk ketika perlawanan akhir sangat-sangat beremosi. Saya sendiri sangat beremosi dan tak mampu bertahan. Kami sepakat yang ia adalah detik yang sungguh menakjubkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN