‘Pecah Rekod Instagram’ – Messi ‘Tuai’ Hasil Yang Dahsyat Selepas Bergelar Juara Dunia

Lionel Messi dilaporkan sedang menuai keuntungan yang sungguh dahsyat dari Instagram miliknya, apa lagi selepas kejayaan beliau membawa Argentina menjuarai saingan Piala Dunia 2022.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Messi benar-benar mengaut keuntungan hasil dari akaun media sosial miliknya itu dan sepertinya ia lebih tinggi dari gaji yang beliau terima dari PSG.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu akhirnya berjaya melengkapkan koleksi Piala miliknya dengan menjulang Piala Dunia.

Ia merupakan Piala idaman semua pemain dan Messi sendiri turut mengimpikan untuk menjulang Piala teragung dalam dunia bola sepak itu.

Beliau cemerlang membantu Argentina menewaskan Perancis di pentas perlawanan akhir saingan Piala Dunia, seterusnya menamatkan penantian negaranya untuk memenangi pertandingan paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Messi memuat naik gambar beliau menjulang Piala Dunia di laman Instagram miliknya dan gambar tersebut menerima sukaan terbanyak dalam sejarah Instagram.

Dalam dua hari sahaja, jumlah sukaan pada gambar tersebut berjaya menewaskan gambar telur pada 2019 lalu yang menerima sukaan terbanyak sebelum ini.

Messi pada ketika ini dikatakan sedang menuai hasil yang sungguh dasyat hasil dari kejayaan beliau membantu Argentina menjuarai saingan Piala Dunia.

Beliau tak henti-henti memuat naik status berbayar di laman Instagram miliknya selepas kejayaan beliau bergelar Juara dunia.

Dengan mempunyai 414 juta pengikut, Messi baru-baru ini telah mempromosikan Call of Duty, Konami eFootball video games, Gatorade, Budweiser, crypto dan Orcam.

Messi jelas sekali benar-benar menuai hasil dari iklan-iklan berbayar tersebut dengan beliau turut menerima $30 juta tajaan dari Adidas, Gatorade dan Pepsi.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Messi menerima £1.5 juta dari setiap satu iklan berbayar yang beliau terima dari laman Instagram miliknya.

Dengan beliau juga turut menerima gaji bernilai €35 juta setahun dari PSG, jelas sekali Messi kini sedang benar-benar mengaut keuntungan yang sungguh dasyat sebaik bergelar Juara dunia.

Ia tidak termasuk lagi dengan habuan-habuan serta bonus tambahan yang beliau peroleh hasil dari kejayaannya menjuarai saingan Piala Dunia 2022 ini.

Satu hal yang mungkin membuatkan penyokong Cristiano Ronaldo tidak gembira pada ketika ini adalah ketika melihat tiada iklan berbayar yang dimuat naik oleh legenda Man United itu di laman Instagram miliknya.

Walaupun beliau memiliki pengikut terbanyak di Instagram, namun sepertinya Ronaldo tidak memuat naik apa-apa iklan berbayar sejak aksi terakhir beliau di pentas Piala Dunia.

Lionel Messi kini sudah kembali ke Parc des Prince, dengan beliau disambut dengan penuh meriah oleh rakan sepasukannya.

Para pemain PSG memberikan guard of honour kepada bintang Argentina itu dan Messi jelas sekali sangat gembira ketika diraikan oleh rakan-rakan sepasukannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN