Lionel Messi Sumbang Hampir RM2 Juta Kepada Badan Amal

Kita perlukan lebih ramai pemain bola sepak seperti ini.

Baru-baru ini, UNICEF atau United Nation Children’s Fund (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) telah menganjurkan majlis Un Sol Para Los Chicos (Mentari Untuk Kanak-Kanak).

Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membantu NGO kanak-kanak di negara-negara Amerika Selatan. Derma dikutip melalui panggilan telefon, SMS dan mendapat publisiti meluas di media.

Bagaimanapun tanpa dijangka 5 juta rakyat Argentina yang menonton program itu, Lionel Messi muncul untuk turut menderma dan mempromosi inisiatif UNICEF kepada penonton TV.

Messi-1170x658

messi_un_sol

Messi turut menyediakan cek derma bernilai 4.5 juta Peso Argentina (RM 1.9 juta ringgit) melalui Lionel Messi Foundation kepada UNICEF Argentina.

https://twitter.com/TodaPasion/status/630436324575678468

Walaupun tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana tugasannya bersama Barcelona, Messi telah merekod semua video dengan sebuah mesej ringkas:

“Saya gembira kerana dapat menyertai anda semua melalui video ini, melalui kerjasama dengan warga UNICEF”.

Baca juga: LELAKI INI TERSELAMAT DARI SINDIKET CULIK NIGERIA SELEPAS MENYEBUT NAMA MESSI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN