Lionel Messi Desak Keluar Dari Barcelona Dengan Segera

Lionel Messi

Wow sesuatu yang tidak pernah terfikir akan berlaku dijangka akan terjadi!

Pemain Barcelona, Lionel Messi kini mendesak untuk kelabnya menjual beliau dengan segera selepas apa yang berlaku kebelakangan ini.

Menurut laporan warrtawan Brazil, Marcelo Bechler, Messi tidak mahu menunggu sehingga tahun 2021 sebelum beliau boleh meninggalkan kelab tersebut.

Tambah Bechler yang merupakan wartawan pertama mendedahkan perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) terdahulu, permintaan Messi itu dibuat selepas Barcelona mencatatkan kekalahan terburuk dalam saingan UEFA Champions League (UCL) tempoh hari.

Mereka tewas 8-2 ditangan Bayern Munich di saingan suku akhir.

Kata Bechler lagi, ini merupakan kali pertama Messi dilihat begitu hampir untuk meninggalkan Barcelona berbanding sebelum-sebelum ini.

Messi dilihat kecewa kerana perancangan kelab untuk mara ke hadapan dilihat jelas dengan situasi dalaman pasukan yang begitu caca merba pada musim ini.

Keadaan itu menyebabkan Barcelona menamatkan saingan domestik dan Eropah tanpa sebarang kejuaraan musim ini.

Messi kini dikaitkan dengan beberapa kelab iaitu Manchester City, PSG, Manchester United dan juga Inter Milan serta mempunyai klausa perlepasan sebanyak £633 juta.

Adakah benar-benar beliau akan tinggalkan Barcelona? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel mengenai Lionel Messi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN