Kerana Bengang, Bekas Menteri Mesir Label Lionel Messi Sebagai Bebal

Tempoh hari, Lionel Messi ada hadir ke negara Mesir sebagai salah satu cara beliau yang terlibat dalam kempen nasional negara tersebut dalam menyebarkan kesedaran mengenai penyakit yang sedang tular di sana – hepatitis C.

Kehadiran beliau nyata menghadirkan pujian, apabila pemain hebat seperti Messi mahu hadir ke negara mereka menyebarkan kesedaran mengenai penyakit berbahaya itu.

“Mari bersama kita mencegah penyakit hepatitis C ini dengan segara. Jangan biarkan penyakit ini terus menular,” begitulah tulis Messi di laman rasmi Facebook beliau.

Bebal

Namun begitu, kehadiran Messi ke Mesir kurang disenangi oleh seorang bekas menteri bernama Zahi Hawass.

Beliau yang merupakan pakar arkeologi bengang selepas Messi seolah tidak berminat dengan apa yang beliau persembahkan kepada bintang Barcelona itu.

Ketika dalam satu lawatan ke Piramid Giza, Messi telah membuatkan Hawass bengang sampai melabelkan beliau sebagai ‘bebal’.

“Saya rasa Messi adalah seorang yang bebal.”

“Saya bawa beliau jalan-jalan ke Piramid Giza dan habiskan masa selama setengah jam bersama beliau. Ketika itu saya terangkan kepada beliau macam-macam mengenai Piramid Giza dan sejarahnya.”

“Namun apa Messi buat? Dia buat tak tahu saja dengan apa saya cakap. Pada saya, Messi hanya fikir pasal bola sahaja.”

Hawass nyata berang kerana kehadiran Messi ke Piramid Giza adalah penting dalam mempromosikan Mesir dan pelancongannya kepada dunia.

“Ia sangat berguna untuk mempromosikan pelancongan Mesir. Tapi dari riak wajah beliau, saya tak rasa beliau berminat.”

“Akan tetapi saya boleh cakap Messi adalah seorang individu yang sopan.”

Sebelum itu ada satu lagi insiden dimana Messi berkeras tidak mahu berkata dalam bahasa Inggeris.

Dalam satu majlis, pengacara majlis meminta Messi untuk berkata “I love Egypt” (Saya Suka Mesir) dalam bahasa Inggeris, tetapi beliau menolak untuk berbuat demikian.

Hal ini kerana, beliau tidak mahu bercakap dalam bahasa yang bukan bahasa percakapannya.

Baca juga: Meraikan Gol Dengan ‘Telefon Saya’, Ramos Nafi Tiru Messi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN