Kapten Barcelona, Lionel Messi berjaya mengepalai cabaran kelab Catalan itu bagi merakamkan kemenangan 3-0 pada perlawanan sulung aksi La Liga menentang Alaves di Nou Camp.
Pemain antarabangsa Argentina itu sendiri meledak dua jaringan pada babak kedua manakala satu lagi gol dihasilkan Phillipe Coutinho.
Lebih manis, Lionel Messi juga telah mencipta jaringan ke-6000 buat Barcelona dalam saingan La Liga dan turut menjadi pemain pertama di abad 21 ini menjaringkan gol dalam 15 musim berturut-turut di liga tersebut.
Kedua-dua pasukan terikat pada babak pertama walaupun skuad bimbingan Ernesto Valverde itu mendominasi permainan dengan mencatatkan 78% penguasaan bola.
Memasuki babak kedua, Barcelona kelihatan lebih berbahaya dengan Lionel Messi akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-64.
Jaringan ke-6000 buat Barcelona dalam saingan La Liga itu terhasil menerusi sepakan percuma yang bijak dilepaskan bintang The Blaugrana tersebut.
Phillipe Coutinho menambah jaringan kedua pada minit ke-84 setelah gerakan solo beliau dalam kotak penalti berjaya melepasi kawalan pertahanan Alaves lalu meledakkan rembatan yang menggegarkan gawang lawan.
Messi sekali lagi meledak dengan jaringan kedua peribadinya pada lewat permainan untuk menamatkan aksi di Nou Camp dengan keputusan 3-0 memihak Barcelona.
6000 – Barcelona's goals in La Liga:
1 – Manuel Parera 1929
1000 – Marcos Aurelio 1950
2000 – Pedro Tomás Zaballa 1964
3000 – Quini 1982
4000 – Guillermo Amor 1996
5000 – Lionel Messi 2009
6000 – LIONEL MESSI 2018Historic. pic.twitter.com/VRfnyVstzR
— OptaJose (@OptaJose) August 18, 2018
15 – Lionel Messi is the first player in La Liga to score in 15 consecutive seasons in the 21st century (385 goals). Critical. pic.twitter.com/JYMXnU2anZ
— OptaJose (@OptaJose) August 18, 2018