Messi Nantikan Pelawaan Beckham Untuk Sertai Kelab Baharu Miami FC

Pernahkah anda terbayang bintang Barcelona iaitu Lionel Messi akan menyarung jersi kelab lain selain dari Barcelona?

Jika anda tidak dapat bayangkan, mungkin satu hari nanti ia akan menjadi realiti!

Baru-baru ini, sejarah bola sepak di Amerika Syarikat telah pun tercipta selepas pihak Major League Soccer (MLS) menganugerahkan slot untuk kelab baharu kepada kelab Miami FC.

Penganugerahan tersebut nyata memberikan kejayaan kepada kelab baharu yang diketuai oleh bekas bintang LA Galaxy – David Beckham.

David Beckham dan rakan-rakan pelaburnya dalam Miami FC.

Dengan bermulanya satu lagi episod baharu dalam bola sepak di Amerika Syarikat hasil cetusan idea Beckham, ia telah memperoleh perhatian dari ramai pihak mengenainya.

Salah satunya adalah dari Messi sendiri.

Di laman sosial, Messi telah memberikan ucapan tahniah kepada Beckham di atas kejayaan beliau untuk Miami FC.

Selain dari ucapan tahniah, Messi juga berkata yang beliau juga “turut menanti panggilan Beckham” untuk menyertai kelab tersebut.

Lionel Messi dan David Beckham sewaktu beraksi dalam perlawana UEFA Champions League satu ketika dahulu.

“Hai David, pertama kali saya ingin ucapkan tahniah kepada anda diatas penubuhan Miami FC.”

“Saya berharap anda akan berjaya dengan projek ini. Ia merupakan tugas baharu anda ketika ini.”

“Siapa tahu, dalam beberapa tahun akan datang anda boleh beri peluang kepada saya untuk bermain?”

https://twitter.com/PasionFutbolFC/status/958164566634127361

Dikhabarkan, beberapa nama pemain bertaraf bintang sudah mula menghubungi Beckham untuk potensi bermain untuk mewakili Miami FC.

Miami FC akan melakukan penampilan pertama di MLS pada musim 2020 dan akan menggunakan stadium yang direka khas untuk bola sepak kepunyaan mereka sendiri pada 2021.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN