Lionel Messi Bakal Kembali Ke Skuad Argentina Mac Ini!

Beliau akan kembali lagi untuk memberikan lebih keriangan buat para penyokong!

Pemain Barcelona, Lionel Messi kini telah pun membuat keputusan untuk kembali beraksi buat pasukan kebangsaan Argentina!

Menurut laman Goal, Messi dijangka akan melakukan penampilan semula bersama Argentina pada akhir Mac ini ketika Argentina menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa.

Perlawanan menentang Venezuela itu akan diadakan pada 22 Mac dan ianya akan dilangsungkan di Wanda Metropolitano – gelanggang rasmi Atletico Madrid.

Kembalinya Messi ke skuad kebangsaan Argentina adalah kali pertama selepas pemain itu mengasingkan diri dari pasukan negaranya selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

Perlawanan terakhir beliau bersama-sama dengan Argentina adalah ketika menentang Perancis di pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia yang menyaksikan mereka tewas 4-3.

Selain Messi, 2 lagi rakan sepasukan beliau iaitu Angel Di Maria dan juga Sergio Aguero turut akan kembali menguatkan cabaran Argentina.

Kepulangan mereka ke skuad Argentina ini amat penting buat negara tersebut sebagai salah satu persiapan penting juara dunia 2 kali itu untuk menghadapi saingan Copa America.

Copa America pada tahun ini akan diadakan di Brazil pada bulan Jun dan berakhir pada Julai.

Ianya merupakan satu peluang yang baik buat Messi untuk mengakhiri pencarian kejuaraan di peringkat antarabangsa bersama-sama negaranya di peringkat senior.

Untuk rekod, beliau hanya mempunyai 1 gelaran kejuaraan bersama negaranya iaitu di peringkat remaja – pingat emas Olimpik Beijing 2008.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN