Lionel Messi Bakal Buka Syarikat Pelaburan

Lionel Messi

Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi dilaporkan akan membuka syarikat pelaburannya yang sendiri selepas ini.

Dengan menjadikan Silicon Valley sebagai tempat membina empayar, Messi dijangka akan membuka syarikat pelaburan yang mensasarkan bidang sukan, media dan juga teknologi secara global.

Menurut laporan Bloomberg, Messi dijangka akan membuka syarikat tersebut di San Francisco, Amerika Syarikat dengan menjadikan firma bernama Play Time Sports-Tech sebagai teraju utama.

“Saya amat teruja untuk mengembangkan cengkaman kami di Silicon Valley, dan saya seronok yang Play Time akan bekerjasama dengan usahawan yang berani dari seluruh dunia,” jelas Messi.

Keputusan untuk mewujudkan syarikat pelaburan adalah dilihat sebagai tindakan Messi apabila beliau menamatkan kariernya sebagai pemain.

Perniagaan Messi ini akan diuruskan oleh individu yang bernama Razmig Hovaghimian yang turut mempunyai pemilikan kepada laman bola sepak baharu iaitu matchday.com.

“Ketika saya bertemu dengan Messi dan keluarganya pada 2017, jelas sekali visi untuk masa depan mereka adalah teguh.

“Mereka mahu untuk terus mempunyai impak yang terus dan berkekalan baik di dalam dan luar padang,” kata Hovaghimian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN