Lionel Messi Akui Terkejut Dengan Penghijrahan Ronaldo Ke Juventus

Bintang Barcelona, Lionel Messi mengakui masih terkejut dengan penghijrahan Cristiano Ronaldo ke kelab gergasi Itali, Juventus FC dan tidak menyangka Real Madrid sanggup menjualkannya ke kelab lain.

“Ia mengejutkan saya, saya tidak pernah bayangkan dia akan meninggalkan Madrid untuk menyertai Juventus.

“Terdapat banyak kelab lain yang mahukannya. Ia benar-benar mengejutkan saya namun dia berhijrah ke sebuah pasukan yang terhebat,” kata Messi kepada Catalunya Radio.

Bagaimanapun, penyerang Argentina itu meramalkan Real Madrid akan menjadi lebih teruk selepas ketiadaan Ronaldo dan bakal kehilangan beberapa Piala musim ini.

Messi dan Ronaldo sentiasa bersaing semasa sendiri di La Liga sejak sembilan tahun lalu, sebelum secara tiba-tiba penyerang kebangsaan Portugal itu membuat kejutan untuk menyertai juara Serie A itu.

Minggu lepas,Real Madrid dan Barcelona masing-masing memenangi tiga perlawanan pembukaan La Liga dan berada di kedudukan teratas carta dengan pungutan sembilan mata.

“Real Madrid merupakan salah sebuah pasukan yang terbaik di dunia dengan dibarisi pemain terhebat (namun) terdapat bukti menunjukkan bahawa ketiadaan Cristiano Ronaldo membuatkan mereka kurang bagus.

“Sebaliknya kehadiran Ronaldo akan menjadikan Juventus muncul salah sebuah pasukan pilihan untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara,” jelas Messi

https://twitter.com/ethanbirnie/status/1036602213324472320

Ronaldo setakat ini masih belum menjaringkan gol pertamanya dengan Juventus namun kelab gergasi Itali itu tetap gah mencatat kemenangan dalam 3 perlawanan serie A.

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri berpendapat Ronaldo masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak Itali tetapi tetap memberi sumbangan bermakna apabila menjadi penggerak kepada penyerang utama pasukan itu, Mario Mandzukic.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN