Quantcast

BERITA

VIDEO: Sepakan Percuma Mengelirukan Wan Kuzain Dicalonkan Sebagai Gol Mingguan USL

Gol jaringan pemain tengah dari akademi Sporting Kansas City berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal telah dicalonkan untuk anugerah gol mingguan United Soccer League (USL) pada minggu ke-25 pertandingan USL, apabila beraksi untuk Swope Park Rangers.

Wan Kuzain menjaringkan gol tersebut dari sepakan percuma yang diambil dari penjuru kanan kotak penalti lawan, Tulsa Roghneck FC, untuk membantu pasukannya bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 pada 29 Ogos lalu di Children’s Mercy Park.

Kuzain yang mengambil sepakan percuma dari arah kanan gawang Tulsa, melakukan satu percubaan yang mengelirukan sehingga menyebabkan penjaga gol, Fabian Cerda menjangkakan bola akan ke kiri, sebelum bola menuju ke arah penjuru kanan gawang.

(Photo by Scott Winters/Icon Sportswire via Getty Images)

Jaringan oleh Kuzain itu menjadikan kedudukan terikat 1-1 sebelum rakan sepasukan, Hadji Barry menjaringkan gol kemenangan Swope Park Rangers di minit akhir perlawanan.

Selain daripada dicalonkan untuk gol mingguan USL, jaringan tersebut turut berada di kedudukan kedua carta 10 teratas ESPN Sportcenter di Amerika Syarikat.

Swope Park Rangers kini sudah mencatatkan tiga kemenangan beturut-turut dan tidak tewas dalam empat perlawanan untuk terus berada di landasan terbaik beraksi di perlawanan play-off.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Kuzain dan Rangers akan berhadapan Fresno FC pada Ahad hadapan di Children’s Mercy Park.

Anda ingin melihat gol sepakan percuma Kuzain menang gol mingguan USL? Undi gol Kuzain untuk anugerah gol tercantik USL melalui pautan berikut:

Undi gol Wan Kuzain

Saksikan gol hasil sepakan percuma cantik Wan Kuzain Wan Kamal melalui pautan di bawah

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!