Lingard Seronok Dapat Main Dan Skor Bersama Cristiano Ronaldo

Jesse Lingard hanyalah seorang kanak-kanak yang baru menyertai akademi Red Devils ketika Cristiano Ronaldo tiba di Old Trafford buat kali pertama.

Kini pemain antarabangsa England itu dengan bangganya mampu berbangga dan menasihatkan semua pemain muda generasi baharu agar sentiasa mengimpikan sesuatu yang besar di dalam karier, sambil berkongsi gambar momen dirinya dengan kapten skuad Portugal itu dulu dan sekarang.

Lingard buat pertama kalinya beraksi di dalam satu pasukan dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu ketika membantu Manchester United merekodkan kemenangan bergaya 4-1 di Old Trafford pada awal pagi tadi.

Perlawanan tersebut adalah debut kedua Ronaldo bersama Manchester United, juga kali kedua Lingard bersemuka dengan Ronaldo sejak pertemuan kali pertama 18 tahun yang lalu ketika pemain berjersi No.7 tersebut melawat akademi kelab itu.

Lingard seronok beraksi bersama Ronaldo

Lingard yang kini berusia 28 tahun menyertai Manchester United sejak berusia 7 tahun. Dan selepas tamat perlawanan menentang Newcastle pada malam tadi, pemain itu tidak menyembunyikan keterujaannya dengan menyampaikan satu mesej penuh inspirasi di media sosial.

“Impikan perkara yang besar anak muda,” tulis beliau di Twitter. Lingard sewajarnya berbangga kerana bukan sahaja beliau berada di dalam satu pasukan dengan Ronaldo, tetapi juga kerana berjaya mencetak gol keempat United dalam perlawanan pada malam tadi.

Lingard menyertai akademi Manchester United pada 2000, manakala Ronaldo tiba di Old Trafford sebagai pemain muda berpotensi tiga tahun kemudian.

Debut Lingard bersama skuad senior Manchester United pula adalah pada 2014. Pada ketika itu Ronaldo sudah pun berhijrah ke Real Madrid.

Sepanjang tempoh itu, Lingard telah beraksi dengan beberapa pasukan lain secara pinjaman, termasuk West Ham pada musim lalu sebelum dipanggil untuk kembali oleh Ole Gunnar Solskjaer pada penghujung musim lalu.

Man Utd 4-1 Newcastle

Dalam perlawanan menentang The Magpies pada malam tadi, Lingard tampil dari bangku pemain simpanan untuk menggantikan Jadon Sancho dan beraksi selama 24 minit.

Tempoh tersebut sudah cukup untuk beliau meletakkan dirinya di dalam senarai penjaring pada masa kecederaan untuk melengkapkan kemenangan 4-1.

Ronaldo menjaringkan dua gol pertama Manchester United, dan suasana di Old Trafford sejak sebelum sepak mula sudah meriah ibarat pesta kerana pengaruh “Ronaldo-Mania”.

Kehadiran Ronaldo diyakini mampu membawa Manchester United untuk mencabar kejuaraan pada musim ini.

Adanya pemain seperti Lingard dan lain-lain, maka Ole Gunnar Solskjaer boleh mendabik dada kerana memiliki squad depth yang kuat di jentera serangan pada musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN