Serie A: Juventus Terus Tandus Kemenangan Sejak Perpindahan Ronaldo

Tiada Cristiano Ronaldo. Tiada kemenangan buat Juventus.

Skuad Bianconeri kekal tanpa kemenangan di dalam saingan Serie A pada musim ini apabila tewas buat kali kedua berturut-turut sejak Cristiano Ronaldo kembali menyerta Manchester United.

Terbaru, skuad kendalian Massimiliano Allegri ditewaskan oleh Napoli dengan jaringan 2-1 pada awal pagi tadi.

Bek tengah Napoli, Kalidou Koulibaly menjaringkan gol lima minit sebelum tamat masa sebenar, apabila Moise Kean dengan tidak sengaja menanduk bola ke belakang gawang sendiri selepas sepakan sudut Napoli. Keadaan tersebut memudahkan Koulibaly menolak masuk gol kemenangan Napoli.

Sebelum itu Matteo Politano menyamakan kedudukan buat Napoli selepas hampir sejam perlawanan berlangsung setelah Alvaro Morata menjaringkan gol pembukaan Juventus pada minit ke-10 perlawanan.

Keputusan di Stadium Diego Armando Maradona itu bermakna Juventus kekal dengan satu mata selepas hanya memperolehi keputusan seri 2-2 pada perlawanan pertama musim ini menentang Udinese.

Juventus yang dikendalikan oleh Allegri selepas Andrea Pirlo dipecat pada penghujung musim lalu turut tewas kepada pasukan yang baru memenangi promosi, Empoli sebelum liga berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Kekalahan kepada Empoli itu tiba sehari selepas Ronaldo melengkapkan perpindahan mengejutkan ke Old Trafford.

Dan tatkala Juventus terus meratapi nasib mereka pada musim ini, bintang Portugal itu menjaringkan dua gol pada debut keduanya untuk membantu Manchester United menang 4-1 ke atas Newcastle di saingan Liga Perdana Inggeris.

“Kami bermain dengan teruk menentang Empoli, tetapi hari ini kami dihukum kerana melakukan kesilapa,” kata Allegri.

“Di dalam bola sepak jika anda tidak menang maka lebih baik anda terus berdiam dan fokus untuk bekerja dengan lebih keras.”

Juventus bagaimanapun tidak mempunyai cukup masa untuk berlatih dan harus terbang ke Sweden untuk perlawanan pembukaan UEFA Champions League menentang Malmo pada Selasa akan datang.

Napoli pula sebaliknya kini telah menang semua tiga perlawanan d bawah kendalian Luciano Spalletti, dan kini mempunyai kelebihan tiga mata ke atas Lazio, Inter Milan, Roma, dan AC Milan – semuanya beraksi lewat hari ini.

“Saya harus berterima kasih kepad Spalletti kerana menjadikan pasukan ini begitu ampuh,” kata presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis mengenai sumbangan bekas pengendali Roma, Inter dan Zenit St. Petersburg itu.

“Saya memilih Spalletti kerana dia bijak tersusun dan tegas mengendalikan sesuatu, sesuai dengan apa yang saya mahukan. Anda boleh beritahu apa sahaja dan dia tidak akan terasa jika anda mahukan penjelasam. Ini kerana beliau tidak dipengaruhi oleh ego diri.”

Gol penyamaan Napoli dihasilkan apabila penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny gagal mengawal baik percubaan melencong jarak jauh Lorenzo Insigne untuk membenarkan Politano menolak masuk bola muntah.

Jaringan Morata pula dihasilkan akibat kesilapan pemain pertahanan, Kostas Manolas yang menolak bola ke belakang kepada David Ospina. Bola segera dipintas Morata untuk menewaskan Ospina dari sudut agak sukar.

Ia adalah gol pertama Morata pada musim ini selepas menghasilkan 20 gol dari 44 perlawanan untuk Juventus pada musim lalu.

Juventus beraksi tanpa beberapa bintang utama seperti Paulo Dybala, Juan Cuadrado, Rodrigo Bentancur, Danilo dan Alex Sandro yang baru tamat komitmen antarabangsa bersama negara masing-masing.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN