Lingard Perbaharui Kontrak Di Old Trafford, Terima Gaji £100,000 Seminggu

Jesse Lingard dilaporkan telah rasmi menandatangani kontrak lanjutan baharu selama 4 tahun di Old Trafford.

Pemain yang terkenal dengan specialist menjaringkan gol dalam final pertandingan (cup competition) ini gembira dengan berita ini. Lingard menjaringkan gol dalam 2 final pertandingan United di Wembley.

Kontrak baru ini membolehkan Lingard menerima gaji baru £100,000 seminggu. Ia satu kenaikan gaji yang besar untuk pemain berusia 24 tahun ini.

Lingard antara pemain penting dalam skuad Jose Mourinho pada musim ini. Musim ini Lingard sudah melakukan 17 penampilan untuk The Red Devil setakat ini.

Lingard berkata:

“Manchester United adalah kelab yang memainkan peranan besar dalam kehidupan saya.”

“Saya sudah di sini, bersama kelab ini sejak berusia 7 tahun lagi. Saya sentiasa berbangga menyarung jersi ini.”

“Antara pengalaman yang paling indah untuk saya dan keluarga ialah detik menjaringkan gol pada dua aksi final untuk United.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat di atas sokongan mereka terhadap saya dan juga kelab ini.”

Jose Mourinho gembira pemain sayap ini bersetuju untuk melanjutkan kontrak baru di Old Trafford. Mourinho menyifatkan Lingard sebagai pemain yang disenangi di kem mereka dan juga sangat bertenaga di atas padang.

Dalam pada itu, United masih dalam proses berunding dengan Zlatan Ibrahimovic, untuk melanjutkan kontrak pemain veteran berbisa itu.

Lingard dan rakan-rakan akan meneruskan misi Europa League dan juga 4 teratas.

Baca juga :Marc Barta Jumpa Peminat Dortmund Yang Beranikan Diri Duduk Di Kawasan Schalke 04

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN