Adakah Baddrol Bakhtiar Bakal Meninggalkan Kedah?

Baddrol Bakhtiar merupakan seorang pemain yang cukup sinonim dengan pasukan Kedah.

Persembahan beliau bersama pasukan Kedah sering tidak mengecewakan para peminat, ditambah dengan prestasi Kedah secara keseluruhan ketika ini yang cukup baik menyaksikan beliau merupakan penyumbang kepada prestasi cemerlang itu.

Dengan prestasi cemerlang beliau, pastinya beliau menjadi perhatian beberapa pasukan di negara kita.

Tapi adakah beliau akan meninggalkan Kedah?

Lanjutan kontrak

Hasil dari sumber risikan kami, kontrak Badrrol bersama pasukan utara tanah air itu akan berakhir pada akhir musim ini.

Cinta Baddrol terhadap Kedah nyata kuat, namun untuk memerlukan beliau kekal di Darul Aman untuk tempoh yang lebih lama memerlukan Kedah membelanjakan sejumlah wang untuk beliau.

Menurut sumber kami, Baddrol dalam proses perbincangan bersama pasukan Kedah untuk mendapatkan kontrak baharu untuk terus kekal di Darul Aman.

Namun apa yang menjadi penghalang adalah kekangan kewangan Kedah untuk menyamai permintaan yang diminta oleh Baddrol.

Baddrol dikatakan mendambakan kenaikan gaji sebanyak 30% dari gaji yang kini beliau peroleh ketika ini.

Namun andai kata Kedah tidak mampu untuk menandingi permintaan beliau, Baddrol tiada pilihan lain selain ke pasukan yang boleh menawarkan kontrak yang lebih baik kepadanya.

Sudah semestinya pemain seperti Baddrol pasti menjadi rebutan banyak pasukan utama jika beliau sah tidak bersama Kedah pada musim hadapan.

Adakah Baddrol akan terus kekal di Darul Aman musim hadapan atau bersama pasukan baharu? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga: TMJ Jelaskan Isu Jurulatih Dan Ajak Semua Pihak Ubah Mentaliti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN