Selepas penyerang Sampdoria, Manolo Gabbiadini dilaporkan dijangkiti wabak COVID-19, empat lagi pemain kelab Seria A itu turut disahkan positif selepas menjalani pemeriksaan perubatan pada Jumaat.
Laporan kelab mendedahkan, empat pemain berkenaan adalah Morten Thorsby (Norway), Albin Ekdal (Sweden), Omar Colley (Gambia) dan Antonino La Gumina (Itali). Selain itu doktor pasukan, Amadeo Baldari turut disahkan positif. Namun pihak kelab menjelaskan semua yang terlibat dalam keadaan stabil buat masa ini.
BREAKING: #Sampdoria confirm Manolo Gabbiadini has tested positive for #Coronavirus #SerieA pic.twitter.com/hZxvyT56b9
— Football Italia (@footballitalia) March 12, 2020
“Keadaan kesihatan mereka semua baik dan semuanya sedang berehat di rumah masing-masing di Genoa.
“Sekali lagi Sampdoria tegaskan, pihak kami sudah pun bertindak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
“Semua premis kelab telah ditutup sepenuhnya. Pemain, pegawai dan semua pekerja yang berisiko dijangkiti telah diarahkan untuk dikuarantin di rumah masing-masing buat masa ini.
“Segalanya akan baik-baik sahaja. Kita harungi krisis ini besama. Duduk di rumah.”
Players and managers that have tested positive for coronavirus:
Timo Hubers (Hannover)
Daniele Rugani (Juventus)
Jannes Horn (Hannover)
Manolo Gabbiadini (Sampdoria)
Mikel Arteta (Arsenal)
Callum Hudson-Odoi (Chelsea) pic.twitter.com/aixnZptosR— ESPN FC (@ESPNFC) March 13, 2020
Thorsby, Ekdal dan Colley merupakan pemain utama yang kerap diturunkan pada musim ini, sementara La Gumina telah membuat satu penampilan.
Perlawanan terakhir Sampdoria adalah pada Ahad lepas berdepan Hellas Verona yang juga telah mengarahkan semua pemainnya diasingkan.
Seria A telah digantung sekurang-kurangnya sehingga 3 April selepas pihak kerajaan Itali mengarahkan semua acara sukan dihentikan kerana negara tersebut merupakan negara Eropah paling teruk terkesan dengan virus berkenaan.